dan nko quote ayat pun sekerat... jenis quote orang musryik, dan supaya memuja pemimpin dan ahli agama musyrik.. hehe

)
untuk engkau...



yang jahil agama haha..

Ahli GAH juga mempunyai mastermind mereka utk berhujah dgn org Islam. Oleh kerana masing-masing telah berpegang dgn pendirian masing-masing, iaitu menolak hadith atau menerima hadith, maka tiada akan ada titik pertemuan antara dua pihak. Saya senaraikan dibawah ini apa yg bertentangan.
1. GAH menolak syahadah- hujahnya didalam Quran, Firaun yg mengucap seperti itu.
2. Menolak semua ritual ibadah. Solat dan haji.
3. Puasa bagi mereka, boleh makan dan minum tapi puasa dari bercakap- hujah mereka pada kisah Maryam.
4. Tidak mengiktiraf Mekah yg tidak disebut dalam Al quran. Bahkan tidak diterima oleh mereka.
5. Perintah solat bagi mereka adalah perintah melakukan perkara yg baik, seperti berkerja dalam membangunkan tamadun manusia. Sangat menyanjung para saintis barat yang menyumbang kepada kemajuan manusia berbanding umat islam yg lemah dan miskin. Orang Islam lemah dan mundur sebab mengikut hadith, percaya pada ritual yg tidak dinyatakan dalam alquran.
6. Menolak semua pendapat dari ulama terdahulu dan menyamakan ulama dgn pendita yahudi yg memesongkan Taurat.
7. Memberi salam- Salamun alaikum bukan Assalamualaikum.
8. Tidak ada cara ritual pengurusan jenazah dan boleh tanam kat mana-mana pun.
9. Tak perlu baca ayat al quran, yg perlunya faham dan ikut maksudnya berdasarkan fikiran sendiri.