fhm elok2 aper yg sy tulis sblm melenting...
"tp x bermakna klu iman & ikhlas msh x meresap dlm hati, kita x perlu berusaha ke arah itu...
mlh membiarkan shj puler hati kiter tanpa iman & ikhlas sbg alasan utk memblhkan kiter melakukan perkara keji & mungkar, itu x betul..."
yg betul aderlah kena berusaha agar iman & ikhlas meresap ke dlm hati, krn...
"sama ada iman & ikhlas dah benar2 meresap dlm hati atau x, atau hanya meresap sedikit2 jer, atau x meresap lgsg...
semua perbuatan kiter baik atau buruk akan tetap dihitung oleh para Malaikat & akan dihisab di hari akhirat kelak."
skrg dah fhm???...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ttg munafik, sy pon nak tahu aper yg sdr fhm ttg munafik sblm sy ulas atau x nak ulas...
memandangkan sdr yg membangkitkan topik nih, aderlah lbh beradab jika sdr yg memberikan pendpt sdr terlbh dhl & kendian bandingkan dgn pendpt sy...
jika sdr enggan berikan pendpt sdr telbh dhl, sy pon x akan paksa sdr krn bkn sy membangkitkan topik nih...
ringkasnyer saper yg nak mulakan perbincangan, sila berikan pendpt terlbh dhl sblm diulas oleh org lain...
Ada seorang makhluk Allah..orangnya baik sekali..cukup time dia p solat...lepas grad U,dia menganggur selama 6 bulan..hatinya gelisah..dia melihat ramai kawan2 dia dapat kerja dengan gaji yg cukup lumayan..dan lebih mnyedihkan..ada antara kawan2 dia dapat masuk kerajaan....
Selepas 6 bulan dia menghantar perpuluh puluh resume...akhirnya dia di terima kerja di syarikat kecil.Pergi la dia menjual diri pada syarikat itu.Dimasa seisi temuduga,dia berjanji akan berkerja bersungguh sungguh..dia sanggup memikul amanah yg di berikan oleh syarikat itu..dan akhirnya dia diterima kerja dengan upah yg kecil.
Di masa kerja,hatinya amat tidak tenteram..selalu tidak berpuas hati dengan kerja yang di amanah,upah yang kecil sedangkan kelayakkan akedemik nya besar.Kawan2nya kerja di syarikat yg hebat dan kerajaan dengan gaji yang lumayan...Sedangkan dia lupa ramai lagi yang mengganggur yg perlukan kerja..ramai lagi yang sanggup pikul amanah kerja itu.Sesungguhnya dia tidak bersyukur.........
Di dalam riwayat al-Bukhari menyebut, “apabila kamu melihat kepada orang yang dilebihkan Allah dari segi harta benda dan kejadian, maka hendaklah dia melihat kepada orang yang lebih rendah taraf daripadanya”.
Tiga bulan dia berkerja di situ,akhirnya di di terima bekerja di kerajaan.Hatinya gembira.Pergila dia menjual diri dengan gaji yang di idamkan sesuai dengan kelayakannya.Di masa interview,dia berjanji bekerja dengan sungguh2..sanggup pikul amanah yg di berikan...selepas 3 bulan dia bekerja di stu,segala janji dan kepercayaan yang di beri dan dimenterai,telah pun dia khianat.
Dia mula abaikan kerja dia.Selalu MC,lepak kat kantin berjam jam...selalu layan facebook,forum,twitter..berdebat di forum CG dalam perjuangan islam adalah lebih afdal...janji dia untuk kerja bersungguh sungguh telah pun dia khianat.
Bila di beri amanah/tugasan..dia melengahkan masa..selalu dia hilang ke surau untuk solat dan lepak bersama kawan2.Amanah kerja yg dipikul..di tolak ke tepi..melayan customer dalam fanpage adalah penting sebab perniagaan online lebih penting dari amanah yg di serah oleh bossnya.
Bila amanah/tugasan dia belum siap..dia berbohong..katanya masa itu tak cukup,bahan itu tak cukup,ini tak cukup,itu tak kena,ini tak kena...akhirnya bohong itu telah pun meresap ke dalam hati dia...selalulah dia berbohong bila di beri amanah,janji dan kepercayaan....
Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu , ia berkata:Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Ada tiga tanda orang munafik:-
apabila berbicara ia berbohong,
apabila berjanji ia mengingkari
apabila dipercaya ia berkhianat