BTC USD 84,391.4 Gold USD 4,288.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apa itu forex sebenarnya?? kajian aku..

irobot

Banned
Messages
98
Joined
Sep 11, 2016
Messages
98
Reaction score
5
Points
11
Salam sejahtera semua

Setelah sekian lama aku menyendiri menjadi silent reader, tiba2 terdetik dihati aku untuk berkongsi dengan korang sesuatu yang aku rasa pasal forex. Aku hanya berkongsi apa yg aku rasa, apa yg aku lihat dan apa yang aku kaji. Untuk pengetahuan, last 2 week sejak selepas raya haji, aku dengan berani dan tekadnya ponteng daripada kelas aku. Tujuannya adalah satu, untuk mengkaji pasal forex. Jujur aku mengatakan, aku dah hampir 6 tahun dalam forex, dan sepanjang 6 tahun itu, teknik aku tak pernah kosisten. Mesti ada lost sana sini. Entah berapa ribu duit aku abeskan dalam forex, usah cakaplah. Tapi aku bersyukur, sbb semua duit tersebut adalah duit demo semata-mata. Duit real aku habis sekitar rm700, seminggu depo terus cik marginah dtg mengadap. Sejak itu, aku dah tak depo dah, aku pakai duit demo je.

Direct to the point, aku terfikir, mengapa kita semua rata2 gagal dalam forex?? Indicator dah beratus2..ea dah beribu2 jenis. Yg free, yg berbayar, bersepah2 dalam forum, tapi, kenapa masih gagal?? Kemudian, aku mula fikir dan fikir. Selama 6 tahun aku mengkaji dan mengkaji sebelum ini, aku masih gagal dalam menjawab soalan ini. Dan 2 week yg aku perabiskan sejak raya haji aritu, aku hanya duduk depan skrin semata2 tuk mengkaji dan mengkaji. Mandi pon kengkadang 2 3 hari sekali. Itu pon jika rajin. Punyalah semangat aku nak dapatkan jawapan. Tekad aku hanya satu, nak dapatkan jawapan selama 6 tahun punya cerita.

Bermacam2 teknik aku buat, bermacam2 teknik aku kaji, sampai mata pon kengkadang dah nak sakit dalam masa 2 minggu tersebut. Indi tak tahu berapa ratus dah aku letak. Yg ada alert, takde alert, semua aku test dan test dan test. Last2, apa yg aku temui, hanyalah kosong kosong kosong...gagal dan gagal... dan terdetik disitu, kenapa gagal?? Why men?? Kenape takleh konsistent?? Mengapa?? Gile betul price ini, mcm benci dengan aku, macam dengki dengan aku, aku buy, dia kebawah, aku sell, dia keatas..tolonglah, dah 6 tahun kita bersama wahai price, adakah kau masih tidak mencintai aku..??

Dari situ, timbul satu kefahaman iaitu memahami apa itu forex sebenarnya. Aku perlu tahu apa cerita sebenarnya dibelakang tabir price tersebut. Ramai org tahu forex itu apa, tapi tak ramai kot org yg faham apa itu forex. Dan aku cuba tuk faham dan faham. Dan akhirnya, aku rasa, aku dah sedikit faham apa itu forex. Dah sedikit faham apa itu price. Aku menggunakan perkataaan “sedikit” disini sbb aku rasa banyak lagi yg aku perlu faham.

Ya kengkawan, kita sentiasa gagal dalam forex sbb kita tak faham pasal price. Kita tahu price itu apa, tapi kita tak faham. Kita guna bermacam2 indi, kaler warni warni berbagai, tapi percayalah semua itu adalah sampah belaka. Sorry kepada mana2 penjual indi kat sini, aku tak bermaksud nak kacau periuk nasi korang. Apa2 pon, aku akan jelaskan nnti apa itu indi. Metaforanya aku pasal price dan forex adalah seperti berikut:


Aku ibaratkan price itu adalah bola. Dan bila ada bola, pasti ada pelempar bola. Dan pelempar bola adalah news dan big trader / bank2 yang melabur. Dan bola yg dilemparkan oleh si pelempar (news), bola (price) akan melantun-lantun. Dan lantunan2 tersebut akan membentuk satu pattern. Dan pattern serta lantunan ini akan digarap/diukur oleh meter atau alat untuk mengukur lantunan. Meter tersebut adalah indicator yg kita gunakan. Dan semestinya, pasti ada lag dalam meter yg kita gunakan untuk mengukur lantunan bola, dan ia akan menyebabkan bacaan akan kurang tepat. Dan kita lihat, pekara ini adalah benar, kesemua indi adalah lag. Stoch, rsi, macd, namakan sahaja, semuanya lag. Bola dah lantun, meter baru dapat detect. Sudah pasti ini akan mendatangkan masalah untuk kosisten bukan. Apatah lagi meter tersebut tak boleh nak ukur si pelempar bola (news), jadi, bagaimana hendak kosistent?? sudah pastinya akan sentiasa gagal bukan??

Jadi aku terfikir, kita perlu kembali kepada basic. Back to basic bak kata owg putih. Basicnya adalah kita kena faham pasal si pelempar bola dan faham pasal bola yg melantun. Betul tak??

Untuk faham pasal si pelempar bola, aku simpulkan kita kena faham pasal fundamental analysis. Dan untuk faham pasal bola yang melantun, kita kena faham pasal teknikal analysis.Ini adalah penting sbb forex dibentuk oleh si pelempar dan bola yg dilempar. Bola takkan gerak jika tiada si pelempar, dan si pelempar hanya jadi tunggul kayu jika tiada bola yg hendak dilemparkan. Dan ramai diantara kita hanya jadi satu golongan sahaja, samaada golangan yg faham si pelempar bola, atau golongan yg faham pasal bola yg melantun. Dan sifat memahami hanya satu part sahaja adalah salah. Sebab itu kita sentiasa gagal dalam forex. Buktinya....

...penat dah, bersambung...

:">:">:">:">
 
Terbaik TT truskan...mmg benar forex bukan sng...kdg2 ade org dh 10tahun pun bole kelaut trade...bnyakan yg buat duit dlm forex dgn mkn komisen dan jual ebook...yg betul2 bole trade tk rmai... biasanya org yg bole trade mmg mreka bole sabar
 
bagus juga kajian tuan, tetapi saya bangkang secara profesional...pendapat saya kajian tuan belum cukup mendalam. terlalu awal tuan buat kesimpulan. sebenarnya tuan lebih kepada fundalmental analysis. dalam 6 tahun kajian tuan sebenarnya tuan mencari identiti . bila tuan ketemu identiti tuan akan bertemu analaysis. baru ditemui fakta disebaliknya. maksud fakta disini adalah cara kerja proses yang berkadaran dalam dunia forex.wallahwaklam.
 
menarik gak ni..mohon teruskan tt :)

ps; ramai juga yang konsisten wd dengan indi + technical analysis semata2 tanpa ilmu fundamental
 
aku ade jgk blajar trading forex ni, tp dah 2 kali mc, mmg mencabar karier ni, tp aku tgh prepare untuk berjuang lg
 
bagus juga kajian tuan, tetapi saya bangkang secara profesional...pendapat saya kajian tuan belum cukup mendalam. terlalu awal tuan buat kesimpulan. sebenarnya tuan lebih kepada fundalmental analysis. dalam 6 tahun kajian tuan sebenarnya tuan mencari identiti . bila tuan ketemu identiti tuan akan bertemu analaysis. baru ditemui fakta disebaliknya. maksud fakta disini adalah cara kerja proses yang berkadaran dalam dunia forex.wallahwaklam.

yup..aku pun rasa TT ada miss something about indicator..

tapi aku nak tau cerita lanjut dulu sebelum komen
 
Just sharing >>> FXopen-ECN Demo(Server) , Login:120015387 , password: looking1234 ... Saya dapat info ini dr rakan.. Kepada yg berminat blh je kalau nak follow... Dah setahun lebih rasanya account tu walaupun DEMO.. Trader tu start from USD3,000 n now dh USD190,+++ ... Saya folo jugak kdg-kdg... :-)
 
forex adalah perniagaan tentang jual beli mata wang. sekarang forex telah banyak diminati kerana forex mempunyai banyak keuntungan. Dengan pasaran yang dibuka selama 24 jam dan modal yang sedikit maka kita boleh melakukan trading pada bila-bila saja. Sehingga forex boleh kita jadikan sebagai perniagaan part time atau full time
perdagangan online yang bisa hasilkan keuntungan seperti kita melakukan perdagangan real,di mana ada penjual dan ada pembeli dan ada yang di perdagangkan,bisa kita memulai di forexmart di sana juga sudah di jelaskan lebih detail apa itu forex di dalamnya
 

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.13818
USD / JPY
158.267
GBP / USD
1.32383
USD / CHF
0.82515
USD / CAD
1.41043
EUR / JPY
180.136
AUD / USD
0.70331
Back
Top
Log in Register