BTC USD 80,121.4 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apa Itu FOOD COMA Di HARI RAYA

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,648
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,648
Reaction score
38,262
Points
2,836
1000192844.jpg


APA ITU FOOD COMA DI HARI RAYA?

"Food coma" atau keletihan selepas makan berlebihan adalah fenomena yang sering berlaku semasa Hari Raya.

Pasti ramai yang takkan melepaskan peluang untuk mencuba semua makanan yang dihidangkan di Hari Raya. Maklumlah, hanya setahun sekali dapat menikmati pelbagai jenis juadah raya yang enak dan lazat seperti kuih-muih tradisional, ketupat, rendang, lemang, dan lain-lain.

Namun, apabila makan terlalu banyak, mulalah rasa mengantuk dan keletihan oleh sebab terlalu kenyang. Tak seronoklah nak beraya bersama saudara-mara dan rakan taulan kalau asyik mengantuk dan keletihan sahaja.

Oleh itu, elakkan "food coma" semasa Hari Raya dengan bersederhana ketika makan. Lebihkan hidangan yang lebih sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan hadkan juadah yang tinggi kalori. Jangan lupa untuk minum air yang mencukupi dan ambil masa untuk bergerak selepas makan.

Sumber : NutritionistKKM
 
Back
Top
Log in Register