BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apa Itu Buasir

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
1000497264.jpg

đź’Ą Buasir adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur. Ia akan membawa masalah apabila ianya menjadi radang atau bengkak.

🤒 Pesakit dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat pakar sekiranya mengalami pendarahan semasa atau selepas membuang air besar untuk menentukan diagnosis sebenar supaya rawatan yang berkesan dapat diberikan. Amalan diet yang seimbang dan gaya hidup yang sihat adalah penting bagi memastikan penyakit buasir tidak berulang.

âś… Berikut adalah punca dan langkah-langkah untuk mengelakkan buasir.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
 
1000625244.jpg

#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama
 
348704-348704.jpg

“Sakit nak buang air besar sampai rasa nak menangis… tapi malu nak cerita.”

Ramai orang senyap pasal buasir. Padahal buasir cuma salur darah di hujung usus dan kawasan dubur yang bengkak akibat tekanan berulang.

Selalu jadi bila kita kerap meneran sebab najis keras, duduk lama dalam tandas sambil scroll telefon, kurang minum air, kurang sayur, lepas bersalin, atau kerja angkat berat hari hari.

Tanda tandanya biasa bermula dengan rasa tak selesa dan gatal di dubur, lepas tu nampak darah merah segar di tisu atau dalam mangkuk tandas, ada benjolan keluar masa meneran, kadang kadang perit sampai takut nak ke tandas. Ramai buat tak tahu, tahan sakit, sapu apa apa

Kalau ada darah keluar setiap kali buang air besar, benjolan makin besar dan tak masuk semula, sakit sampai susah nak duduk, atau rasa pening dan lemah, itu bukan masa untuk bertahan lagi.

Tolong jumpa doktor untuk pemeriksaan. Doktor akan nilai dulu, mungkin cukup dengan ubat makan, ubat sapu dan ubah gaya hidup. Bukan semua kes perlu pembedahan.

Jaga usus bermula dari tabiat harian yang mudah. Minum air secukupnya, lebihkan sayur dan buah, elakkan meneran, jangan lepak lama di tandas, dan cuba kawal berat badan.

Buasir bukan tanda “kurang jaga diri”, ia cuma isyarat badan minta kita ubah cara hidup. Jangan malu, jangan tangguh. Lagi awal dirawat, lagi senang sembuh dan hidup pun lebih selesa.

Kredit ➡️ Public Health Malaysia
 
Back
Top
Log in Register