TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,198
- Points
- 2,836
KEPALA BAYI TERPUTUS DARI BADAN.
Kes ini sudah tular di Indonesia dan ceritanya sudah sampai ke Malaysia.
Chek dengar berita yang dilaporkan oleh Tribunnews Indonesia.
Katanya pada 0615 pagi, pesakit sampai ke fasiliti yang ada bidan, sebab nak bersalin. Masa itu didapati tekanan darah ibu hamil sangat tinggi. Petugas kesihatan terpaksa memberi ubat untuk menurunkan tekanan darah ibu.
Kemudian sebanyak 4 kali mereka cuba cari degupan jantung janin di dalam kandungan, sudah tak ada. Katanya bayi itu sudah pun meninggal dunia di dalam kandungan.
Mereka mahu merujuk ibu hamil itu untuk bersalin di hospital, tetapi keluarganya tak mahu pergi ke hospital. Mereka tidak beritahu ibu itu, bahawa anak di dalam kandungan sudah meninggal dunia sebab tak mahu tekanan darah dia naik tinggi semula.
Katanya bayi yang seberat 4.2kg tu bahunya tersangkut, kemudian kepala terputus semasa ditarik keluar. Bila badannya keluar, placenta pun keluar. Dilapurkan yang placenta juga berwarna hijau.
Mai chek nak habaq.
Chek ada pengalaman kes hampir sama seperti ini semasa chek seorang Senior Registrar di London. Ibu hamil ialah orang yang berasal dari negara India, yang tidak faham Bahasa Inggeris. Chek mendapat tahu ibu ini tidak datang ke klinik ibu mengandung dan dia tidak tahu dia ada diabetes. Akibat tidak mengawal gula di dalam darah, anak di dalam kandungan menjadi besar, seberat 5kg. Bila ada tanda-tanda nak bersalin, baru datang ke klinik. Didapati anak di dalam kandungan sudah meninggal dunia. Ibu hamil itu terus dibawa ke hospital untuk bersalin.
Sebagaimana yang sudah dijangka, pukul 1 pagi, bidan bertauliah di hospital besar di London panggil chek, sebab bila nak bersalin, bahu bayi tersangkut. Bayi ini sangat besar, tak hairanlah bahunya tersangkut. Nasib baik blood pressure ibu ini normal. Sebagai Senior Registrar pada masa itu, saya beritahu bidan, tak payah tarik kepala bayi itu keluar, bayi itu memang pun sudah meninggal dunia, janganlah tarik, nanti terputus kepalanya.
Chek nasihatkan bidan, berikan saja ibu itu injection untuk menahan kesakitannya yang juga beri ibu itu rasa mengantuk. Biar ibu itu tidur. Bagi dia selimut. Kita tunggu saja contraksi rahim tolak sendiri bayi keluar tanpa ibu meneran. Biar ibu itu tidur dulu. Tak payah panik. 2 jam selepas itu, pukul 3 pagi, bayi itu terjatuh keluar juga. Aduhai 5kg, macam dah usia 2 bulan besarnya.
Mai chek nak habaq.
Kita sudah tahu, jika ibu hamil ada diabetes yang tidak dikawal:
1) Anak boleh membesar terlalu cepat dan boleh meninggal dunia di dalam kandungan sebab tidak mendapat bekalan oxygen yang mencukupi untuk saiz badan yang membesar terlalu cepat.
2) Tekanan darah ibu boleh naik terlalu tinggi dan boleh dapat pre-eclampsia
3) Bila nak bersalin, bahu anak di dalam kandungan boleh tersangkut setelah kepalanya keluar. Inilah shoulder dystocia.
Mai chek nak habaq:
Ada sebabnya ibu hamil diminta buat ujian air gula untuk mengesahkan ada diabetes semasa hamil. Kalau tak buat, tak akan tahu jika ada diabetes. Jika kita tahu ada diabetes:
A) Kita boleh beri lebih perhatian mengajar ibu ini tentang pemakanan sihat
B)Kita boleh mengajar ibu ini check bacaan gula di rumah,
C) Jika kita tahu bacaan gula tidak dikawal maka ibu boleh duberi ubat untuk membantunya mengawal diabetes
D) Kita boleh rujuk untuk ultrasound scan memantau kesihatan anak di dalam kandungan dan pembesaran anak
E) Kita boleh pantau tekanan darah ibu
F) Kita boleh induce lebih awal untuk bersalin normal sebelum bayi menjadi terlalu besar, jangan tunggu sampai overdue
G)Kita boleh menasihatkan Caesarean Section jika didapati melalui ultrasound scan yang badan bayi lebih gemuk dari kepalanya atau berat bayi sudah 4kg, untuk mengelakkan dan mencegah shoulder dystocia.
Shoulder Dystocia:
Ini boleh menyebabkan kecacatan otak yang kekal akibat kurang oxygen ke otak ketika dilahirkan, boleh menyebabkan patah tulang bayi ketika bersalin, boleh menyebabkan kerosakan saraf bayi dari bahu ke tangan bayi dan boleh menyebabkan anak meninggal dunia. Memang jika shoulder dystocia berlaku, sudah terlambat untuk membuat pembedahan Caesar, melainkan kita tolak kembali kepala bayi ke dalam rahim ibu semula sebelum membuat pembedahan Caesar tetapi selalunya ini sudah terlambat. Kita hanya ada masa 7 minit sebelum kecacatan otak yang kekal.
Inilah shoulder dystocia. Ini ialah satu kecemasan yang sangat genting untuk menyelamatkan anak di dalam kandungan.
Tetapi untuk kes chek, anak sudah pun meninggal dunia sebelum pun shoulder dystocia berlaku, maka tak payah lah nak panik, tak payah cepat-cepat nak tarik-tarik. Chek tunggu saja sampai dua jam. Anak kan sudah meninggal, nasi sudah menjadi bubur, maka kita benarkan ibu ini bersalin normal saja.
Chek bersyukur, setakat ini, semua patient ibu hamil chek bersetuju untuk pembedahan Caesarean Section, bila chek beritahu mereka, badan anak di dalam kandungan lebih besar dari kepalanya. Jom kita buat Caesarean Section, jangan ambil risiko Shoulder Dystocia. Alhamdulillah, semua patient chek bersetuju dengan chek dan ikut nasihat chek.
Sekian, terima kasih
Prof Dr Imelda Balchin
Pakar Obstetrics & Gynaecology
Subspecialist Maternal & Fetal Medicine