BTC USD 85,544.8 Gold USD 4,163.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apa itu Debt-Ceiling?

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,282
Points
196
Pertama kali sejak 2tahun ini, setahu saya, harga emas dan perak yang didagangkan di New York, tutup Lebih Tinggi pada hari Jumaat. Nampaknya akan tutup lebih tinggi (masih didagangkan kini).
Satu petanda tak baik dari Amerika Syarikat, ekonomi terbesar di dunia dan negara yang paling banyak hutang dalam sejarah manusia.

Orang main pasaran ni, selalunya bila hujung minggu (tak ada trading Sabtu dan Ahad) akan jual semua position agar dapat rilek.
Takut ada position, sekali benda berlaku yang membuat emas atau perak jatuh merudum (misalnya harga minyak dunia terjun kerana Saudi setuju nak keluarkan lebih banyak output).
Tapi emas, perak naik lagi hujung minggu ini.

JUGA pasaran Wall Street (saham di New York), Dow Jones Industrials, pengsan buat lima minggu berturut-turut - paling teruk dalam tahun ini.

Singapore dollar, Aussie dollar, Swiss francs - antara matawang paling selamat kini - berada di tahap rekod tertinggi dengan US dollar. US$1 = 1.2 Singdollar.
Hanya dua bulan lalu 1.25.

SEBABNYA, ramai pelabur ketakutan.
Apa benda debt ceiling ni?
Kenapa jadi begini?

AMERIKA, satunya superpower di dunia.
Ekonomi, diukur ikut GDP - atau hasil pengeluaran negara (sektor kilang, campur sektor services seperti Internet, restoran dan banking, sektor pertanian dan galian) - USA adalah yang terbesar di dunia.
APA benda tu GDP atau KDNK? Cakap mudah: pendapatan negara.

Kerana ekonominya adalah yang terbesar di dunia, maka semua orang nak jual barang kepada Amerika - maka Malaysia dan Singapork buat microchips (dijadikan PC dan letak dalam kereta dan TV, icebox dan microwave over di negara lain), Bangladesh dan China jual baju dan tekstil, Indonesia dan Vietnam buat kasut untuk Unkerr Sam, negara Caribbean jual pisang dan nenas, Arab jual minyak etc.
Dan kerana ekonominya stabil, maka bond yang dikeluarkannya juga begitu laku di seluruh dunia.

APA itu bond?
T-bond.png

secara ringkas, apabila syarikat atau negara nak pinjam wang, mereka boleh ke bank dan ambil pinjaman, macam kita ambil loan beli kereta.
Tapi ada satu lagi cara meminjam wang - dengan suruh pelabur membeli bond kita. Kita keluarkan kertas cantik di mana ditulis: Kamu beli kertas ini dengan harga US$1 juta. Kami, negara Amerika, janji akan bayar kamu 7-5/8 peratus bunga, misalnya, setiap tahun hingga tahun 20xx.
Kita beli bond mereka sebab pelabur dunia tahu pemerintah mereka GERENTI dapat bayar pulangan.

bon.jpg


UNKERR SAM & PACMAN TELO
Kerana semua orang beli bond Amerika tulah maka negara itu kaya (walau banyak hutang).
Sama seperti jiran sebelah tu, bergelar Datuk PacManTelo, sebenarnya gaji kecik, tapi depa gerenti jika kamu letak wang kamu setiap bulan RM10,000 kat sini, aku gerenti kamu dapat pulangan 1.5per cent setiap tahun = itulah coupon rate (atau bunga) 5-year American government treasuries/bond.
Jika kamu beli 10-year bonds, dapat pulangan 3.125 peratus.

Dah lah tu, US Treasuries (bond) ini banyak didagangkan di dunia.
Kamu lihat Price/Yield = pendekkan cerita, kamu beli 5-year notes ni, mungkin setahun lagi harganya naik, kamu jual dapat untung, sebab satu dunia berebut beli bond superpower ni. Tak payah tunggu 5tahun dah untung banyak sebab Price bond itu dah naik.

Sama seperti Datuk PacMan - kerana kamu beri beliau duit beribu-ribu HARI INI, depa boleh beli BMW dan tinggal di banglo mewah, sebab hutangnya hanya dibayar setahun sekali dan bukan kena bayar sekaligus loan itu (ini cerita short-cut dan mudah,
sebab sebenarnya ada various maturity dates of the short-term bonds, medium-term bonds and the long bonds).

Silapnya USA, wang berkoyan yang masuk ke Amerika ini digunakan untuk pergi perang.
(Kalau saya nak jahat: dia tembak orang tak bersalah kat Iraq pakai peluru yang dibeli dengan wang pekerja Malaysia, kerana kerajaan Malaysia banyak beli bond Amerika juga, sama seperti pemerintah Singapork).
(Kalau saya nak baik: Mereka beli aircraft carrier jaga keamanan Telok Parsi agar minyak keluar masuk dengan selamat, melincinkan ekonomi dunia).


Pekerja Amerika yang gaji (jika kita ikut gaji di Maysia) RM3,500 boleh beli banglo besar, kereta Ford Explorer dan Toyota Camry.
Mereka maksimakan hutang-piutang mereka, sebab kadar pinjaman (interest rate atau bunga) begitu rendah. Malah sebelum economic crisis 2007 dulu, kamu nak beli banglo kat Amerika tak payah downpayment! Sama juga nak beli kereta!
Harga Porsche di Maysia ialah RM800k - RM1juta. Di America, Porsche lebih kurang US$125,000 (RM375,000).
Merc lagi murah. Tak gerammm ke kamu nak beli !?!?! Tak payah downpayment ni beb.

Tapi George W. Bush silap. Bahalol ni gi serang Iraq, atas nama WMD. Dah sangkut kat situ. Dahlah tu, sebut nama negara pun tak betul - Ai-req. (Iraq)
Setiap hari mereka belanja berbilion beb!


Serang pula Afghanistan. Pakistan serang dengan drone bombs dan pengintipan CIA. Berbilion habis lagi.
Setiap tahun, mereka belanja US$20 billion (RM60bil) nak kasi askar semua sejuk dengan air-con!

(Jangan salah faham: Saya tak benci military mereka. Pada saya, memang mereka buat salah, tapi tanpa military mereka takut China pulak naik kepala kat Asia ni, dan minyak Telok takut kena block.
(Semasa gempa Sumatra 2009, kapal perang dan heli Amerika ni banyak beri bantuan.

Dan kerana crisis ekonomi 2007, di mana Obama banyak bail-out bank dan syarikat kereta dan pump ekonomi dengan wang, hutang Unkerr Sam terus bertambah!

MAKA sampailah ke krisis hari ini.


HUTANG US$14.29 trillion

= 14,290,000,000,000.
Penduduk Amerika 310juta.
Jika hutang ni dibahagi sama rata, maka setiap penduduk (termasuk bayi dan orang tua) ialah = US$46,196 (RM138,600).

Bandingkan dengan hutang kerajaan Malaysia = RM430,151juta (Central Government Debt). (Jika salah, harap betulkan. Dah lama tak buka buku BNM, takut salah baca).
Penduduk Malaysia 28juta.
Hutang negara dibagi sama rata, setiap citizen kena bayar = RM15,363 sen.

Harga Kancil second-hand.

BARU kamu dapat jangkau berapa teruk omputeh yg kamu banggakan ni berhutang. Hancus.

Dah sampai ke tahap tu, maka pemerintah Amerika kena minta izin dengan Congressmen dan
Congresswomen (di sini kita panggil Parliment, Lower House of Representatives) untuk naikkan debt ceiling - limit berhutang - negara.

Cakap mudah - macam kita ada credit card. Limit kad itu ialah RM10,000. Tapi dah belanja RM9,900 ternampak pulak diamond ring. Maka kita nelipon bank kita nak minta naikkan limit berhutang.

Jika Lower House dah terima, maka kena minta Upper House pula suruh approve. Upper House America dipanggil Senate dan orang dalamnya dipanggil Senator (sama macam di Malaysia. Di Singapork tak ada upper house tapi ada sistem presiden yang beri approval untuk bil penting).

Di Amerika, US Congress dipilih rakyat 3 tahun sekali, ada 535 ahli.
Member US Senate dipilih enam tahun sekali, ada 100 ahli. Negara mereka ada 50 States (Kansas, Arizona, New York, Hawaii, etc), jadi setiap satu ada dua wakil.
Tak macam Senator Malaysia yang tak ada power, di Unkerr Sam Country, mereka ada power dan berpengaruh kuat.
SEJAK tahun 1962, sudah 74 kali debt ceiling ini dinaikkan oleh Congress dan diokaykan oleh Senate.
Tapi kali ini problem besar.
Sebabnya: Presiden ialah dari Parti Democrat (logo rasmi ialah Kicking Donkey, keledai).
dems.jpg


Congress dikuasai oleh Parti Republican atau GOP = Grand Ole Party (logo gajah).
gop.jpg


Senate pula dikuasai oleh Dems.

Mereka main taik!!
GOP dan Dems ni lebih pentingkan melemahkan musuh politik daripada bantu kehidupan rakyat.
Ditambah pula, orang Amerika ni dah makin ramai berpenyakit agama. Sehingga ada orang panggil mereka American-Taliban.
Dalam GOP ada geng Tea Party yang kerana kuat beragama, mereka benci liberals dari Dems.
Nak naikkan debt ceiling, maka tentunya kamu kena potong beberapa services (ada rancangan tutup pejabat pos, atau public parks) agar save duit.
Tapi yang kuat beragama bertanya: What would Jesus cut?

SECARA tradisional, Dems adalah golongan liberal intellectuals. Kata orang media, mereka suka baca New York Times.
Mereka lebih relax tentang kahwin sama jantina, gugur anak, dan suka bantu orang miskin. Mereka lebih bersifat protectionist dalam business - America and Americans first! Kerana nak bantu middle America, mereka sanggup nak naikkan tax untuk orang kaya.

Republicans pula lebih suka kepada big business dan open trade - let's trade with the world, lebih kuat beragama Kristian dan
kerana itu tak suka kahwin sama jantina ni dan anti-abortion. Mereka pantang kamu naikkan tax untuk orang kaya, sebab mereka support big business!

Kerana perbezaan inilah, secara umum, maka banyak permusuhan.

Jadi jurang antara Dems dengan GOP ni semakin besar.

KERANA itu, pelabur takut, maka mereka lari daripada US dollar, US bonds dan US stocks,
lalu beli emas dan perak, Singdollar, Swiss francs dan Aussie dollar yang rasai lebih selamat.

Saya rasa itu dululah. Saya kasi basic, dan secara umum. Jika silap harap betulkan.


sumber
 
Last edited:
nice
but What would Jesus cut?
i lol :))
 
Pembacaan yang menarikkk...
 
lagi thread menarik berkaitan hutang as/wang kertas dan secara tk langsung ada kaitan dgn emas
 
thank tt... info yang berguna. harap tt kasik crita lagi
 
nice reading material... huhuhu rugi sungguh rasa nyer ada USD huhuhu
 
Back
Top
Log in Register