BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apa dosa bayi ini?

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Bayi masih bertali pusat yang ditemui masih bernyawa, namun tidak sempat diselamatkan dan meninggal dunia.​

GEMAS - Kejam! Itulah yang dapat dikatakan apabila seorang bayi perempuan baru lahir dan masih bertali pusat, disorokkan dalam pam tandas sebuah stesyen minyak di Pasir Besar, di sini, semalam.

Bayi yang sempurna sifatnya ditemui masih lagi bernyawa oleh salah seorang kakitangan stesyen minyak tersebut kira-kira 4.30 petang, bagaimanapun meninggal dunia sejurus sampai ke klinik.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, kejadian disedari apabila kakitangan terbabit mahu membuang air kecil di tandas wanita berkenaan.

Menurutnya, ketika pekerja itu memasuki tandas, dia terlihat air melimpah keluar dari pam tandas.

"Pengadu kemudian cuba menarik pam tersebut (flush) beberapa kali, tapi air masih lagi melimpah.

"Oleh kerana curiga dengan dengan keadaan itu, pekerja itu terus membuka pam air dan mendapati terdapat seorang bayi yang masih bertali pusat dalam pam tandas berkenaan," katanya.

Menurutnya, terkejut dengan penemuan itu, pekerja berkenaan terus memangil rakan sekerjanya lalu membawa keluar bayi tersebut yang masih lagi bernyawa, sebelum dibungkus dengan tuala putih.

"Mereka kemudian menghubungi polis dan membawa bayi itu ke sebuah klinik berhampiran untuk tindakan lanjut.

"Bagaimanapun, lima minit kemudian, bayi itu disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba ke klinik berkenaan," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Kooi Cheang berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan (KK) kerana menyembunyikan kelahiran.

Beliau berkata, polis menunggu keputusan bedah siasat yang akan dilakukan Isnin ini.
 
ni satu gambar je..ada gmbar xsilap aku budak ni masih dlm pam...mmg sedih la tgk...zalim betul manusia ni
 
keadaan desperate..sanggup bunuh bayi..kot ye pon pakai la kondom playsafe sket..
 
Back
Top
Log in Register