BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Apa dah jadi? Hampir satu kelas dapat markah kosong ujian Sejarah Tingkatan 2..

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,544
Top Poster #10
Joined
Apr 15, 2012
Messages
46,544
Reaction score
4,820
Points
266

Hampir satu kelas dapat markah kosong ujian Sejarah Tingkatan 2​

  • Oleh KOSMO!
  • 25 Januari 2024, 9:02 pm


sejarah.jpeg


Markah peperiksaan Sejarah pelajar Tingkatan 2 dalam sebuah kelas yang dikongsikan seorang guru di laman X

PETALING JAYA – Seorang guru mendedahkan hampir kesemua pelajar dalam kelas mendapat markah kosong bagi peperiksaan Sejarah Tingkatan 2 sesi 2023/2024.
Menerusi perkongsiannya di laman X , guru tersebut memaklumkan terdapat seramai 32 pelajar di dalam satu kelas dan 90 peratus daripada mereka hanya menghantar kertas jawapan peperiksaan kosong tanpa menjawab.

Katanya, peperiksaan itu melibatkan bahagian B yang memerlukan pelajar menjawab soalan struktur dan esei.
“Murid kelas ini adalah kelas kelima dari lima kelas yang ada.

“Ada 32 orang murid. Markah di atas untuk bahagian B (struktur dan esei) dan 90 peratus yang dapat marlah kosong tak menjawab langsung. Tinggalkan ruang kosong.
“Yang lain semua ada jugak markah sebab cuba menjawab,” kongsinya.

Tambah guru tersebut, dia pernah bertanya kepada pelajarnya tentang impian mereka selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Aku tanya, apa cita-cita korang (anda semua) selepas SPM nanti?
“Murid jawab, jadi influencer (pempengaruh media sosial) cikgu dan hasilnya markah Sejarah mereka,” katanya.

Dalam pada itu, perkongsian guru tersebut turut mendapat perhatian pengguna media sosial dan rata-ratanya terkejut dengan markah yang diraih pelajar kelas terbabit.
“Kesiannya budak-budak sekarang. Pergi sekolah sekadar untuk kehadiran sahaja. Bukan bersungguh untuk menuntut ilmu,” ciap Syafinaz.

“Ibu bapa perlu main peranan, jangan biar anak-anak leka dengan dunia mereka sehingga abai pendidikan,” pesan Nuurool. – KOSMON ONLINE.

 
Sejarah ni subjek feveret aku dulu.
 
ini wawasan yg kita mahu, tak perlu belajar tinggi2....
merompak, meragut, menyamun, memeras, mencuri boleh membina pendapatan yg tinggi .
 
ini wawasan yg kita mahu, tak perlu belajar tinggi2....
merompak, meragut, menyamun, memeras, mencuri boleh membina pendapatan yg tinggi .

Budak2 sekarang semua nak jadi influencer
 
yg budoh pergi hapuskan PMR tu dah kenapa ??
 
Kerajaan jugak yg sebenarnya tersilap dalam memperkenalkan sistem Tiada Peperiksaan. Menteri datang dan pergi. Dulu nampak angkat tangan cium tangan bersambut. Takde jawatan ....bekas menteri senyum pun tak bersambut. Apalagi kalau disebabkan dia menteri semasa itu yg bertindak hapuskan PMR sehingga natijahnya sampai ke anak-anak kita.
Habis SPM pelajar ni ada yg dipaksa masuk universiti. Mula penyakit ponteng kuliah. Mak ayah ingat anak pegi kuliah, rupanya terbongkang atas katil lena sebab malam stayback main game. Bila masuk tatatertib...alasan mudah je, tak minat belajar, datang pun sebab dipaksa mak ayah. Cita-cita nak jadi gamers...ya macam gamers muda dengan pendapatan berpuluh ribu.
Hancur hati mak ayah.....generasi yg dilahirkan rupanya tiada wawasan. Seronok dalam dunia khayalan influencer, youtuber dan gamer.
Macam ni yg diharapkan nak mengundi demi anak bangsa?
 
Dulu sape2 yg lahir sblm sblm 82, x lulus tingkatan 2 xbole naik tingkatan 3..sape igt? Kalau masih ade syarat tu skrg, mmg melingkup la bdk zaman skrg..
 
Kerajaan jugak yg sebenarnya tersilap dalam memperkenalkan sistem Tiada Peperiksaan. Menteri datang dan pergi. Dulu nampak angkat tangan cium tangan bersambut. Takde jawatan ....bekas menteri senyum pun tak bersambut. Apalagi kalau disebabkan dia menteri semasa itu yg bertindak hapuskan PMR sehingga natijahnya sampai ke anak-anak kita.
Habis SPM pelajar ni ada yg dipaksa masuk universiti. Mula penyakit ponteng kuliah. Mak ayah ingat anak pegi kuliah, rupanya terbongkang atas katil lena sebab malam stayback main game. Bila masuk tatatertib...alasan mudah je, tak minat belajar, datang pun sebab dipaksa mak ayah. Cita-cita nak jadi gamers...ya macam gamers muda dengan pendapatan berpuluh ribu.
Hancur hati mak ayah.....generasi yg dilahirkan rupanya tiada wawasan. Seronok dalam dunia khayalan influencer, youtuber dan gamer.
Macam ni yg diharapkan nak mengundi demi anak bangsa?
aku terpikir la ...
akan datang sapa² nak jadi doktor .. ape kriteria atau merit Gomen nk syaratkan student utk apply course medik di Uni.

jaman now kita tahu la .. nk amik course medik, SPM kena score A utk beberapa subjek utama ..
 
Back
Top
Log in Register