BTC USD 60,554.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apa ada pada UMNO

aku rasa ustazhyip ni adik kepada astora jabat kot hahaha
 
bila mengundi nnt pilih la pada background calon yg bertanding nnt....pertama pilih pada agama dan akhlaknya,yg kedua baru kemampuanya.sekiranya kita pilih wakil rakyat kita yg berkemampuan tapi akhlaknya amat teruk sperti kaki pompuan,kaki minum dll..kita kena ingat Allah Taala akan bertanya pada kita di akhirat kelak kenapa kita pilih pemimpin yg mcm tu...x kira lah pada umno ke pas ke keadilan ke...
 
Post aku bukan nak backing UMNO dan kutuk PAS. sekadar menjawap soalan.

aku teringat pemuda umno penah citer kat member aku...
'baik ko masuk pemuda umno..nnt ko boleh masuk disco,boleh romen puteri2 umno...klu ko masuk pas...ko xleh buat benda2 gitu..haram hahaha...

bangang la pemuda umno tu...bercakap x memikirkan hukum agama langsung....no wonder la...majority pengungjung2 disco di kl tu adalah org2 melayu....Mana peranan UMNO yg berkuasa utk membendung perkara tu....nak bendung cmna...bnyk puteri2 umno duk clubbing dlm tu hahaha...termasuk kwn2 pompuan aku puteri umno yg kaki clubbing...

Ni jawapan aku. Pemuda PAS dah tahu ramai anak melayu masuk disko buat maksiat tp pemuda PAS buat apa? tahu kutuk je ke? huhu...sia2 je dpt dosa kering. Adakah ceramah mengutuk UMNO lg penting dr pergi ke disko dan bg tarbiah kat remaja2 melayu. PAS ckp maksiat banyak sbb UMNO perintah. Jd kenapa PAS tidak amik inisiatif utk membendungnya? takkan nak salahkan UMNO gak?ala...UMNO kan sekular. jd tak usah la megharapkan UMNO nak membendung maksiat ni. PAS patut amik insiatif. aku suka ari tu masa merdeka thn lepas, PAS KL buat tarbiah kat couple2 yg berdating mlm2 kat KLCC masa mlm merdeka. ha...mcm tu la bagus :)cgrock

aku nak kongsi sket pasal ketensionan aku hari nie...hu3
pagi tadi aku ke HKL hantar anak aku. terkejut besau aku bila sampai jer jalan masuk hkl tetiba je aku baru perasan... alamak rupanya jadi jgk parking berbayar kat hkl nie~X( ~X( ~X( masuk jer dah kena tiket!!! charge lak bukan sekali masuk, tapi ikut jam!!!! itu satu hal, tambah lagi ketensionan aku bila mana dok pusing2 cari tempat parking skali semua penuh daaa. mana tidaknya kebanyakkn tempat 'KHAS UNTUK KAKITANGAN' yg disediakan utk pelawat hanya 2 tempat jer ... nun jauh plk tu... tu pun penuh!!! ~X( ~X( ~X( pah kesudah tak berparking aku. tggu dlm keta jer. keluar tetap kena bayar!!!!
bagus betul kerajaan skrg... tak tau la apa plk lepas nie nak dipacakkan lagi papan tanda 'SATU LAGI PROJEK BARISAN NASIONAL'....
tension3

Yg ni lg best kalo nak jwp. Aku selalu la gak g HKL tu. Tau tak disebabkan parking tu free dulu, ramai yg amik kesempatan parking keta situ walaupun mrk bukan nak g HKL pun. ramai yg btul2 sakit nak HKL terpaksa parking luar sbb tmpt parking org lain amik. jd dia buat mcm tu utk mengelakkan org ramai salah guna tempat tu. tujuan HKL tu bagus jd usah la pertikaikan.

yang aku benci...
1- tol naik je.. xpenah turun.. xde untung ke dari dulu...
2- minyak naik.. xkisah la sbb harga minyak naik... harini harga tong dunia naik esok naik terus minyak... tp bile turun xnak plak turun.. pelik...

Huhu.....ni lg best jwp. andai kata PAS memerintah, boleh kah guna duit zakat buat subsidi minyak? dlm ISLAM ada ke konsep subsidi? Subsidi utk minyak? Lawak2. dah la tu,yg pakai kereta tu maksudnya ber wang la.takkan nak bg subsidi kat org yg pakai keta sedangkan ramai lg yg perlukan duit tu utk makan. rasanya dlm islam tu pun ada konsep bersederhana.Kalo bg subsidi minya, tu umpama bg duit kat org yg tak layak sebenarnya.utk pengetahuan, harga minyak kita masih diberi subsidi. tau kan subsidi?maksudnya duit yg sepatutnya bg kat anak2 yatim dan org miskin dah digunakan utk menampung duit minyak org2 yg guna keta sedangkan yg guna keta bukan miskin pun. sepatutnya subsidi minyak di hapuskan!!!

Isu tol lg best. dlm islam ada hak pembeli dan penjual. Hak penjual adalah penjual berhak menentukan harga barangan dia. dan hak pembeli pula suka ati la nak beli ke tak. Kalo tak setuju dgn harga penjual, maka jgn beli. malah ustaz aku ckp, tawar menawar pun tidak di galakkan dlm ISLAM. maka ada pun rege tol naik, lantak depa la sbb jln tu syarikat tu yg buat. kita kalo tak mau, jgn la guna tol tu. maaf kalo ada yg tersinggung.

kalu demo nak tahu... masa pilihanraya kecil pgkalan pasir... pemuda UMNO sendiri order & minum arak kat markaz BN... apa cerita..?
Yg petugas cina PAS minum arak, itu hak dia... Yg demo dok sibuk pasal apa..? pegi tanya khairi Jmaludin tu apsal pemuda UMNO beli arak utk markaz BN pgkalan pasir.... le itulah Al-Ghazali yg dicari Pak Lah Al-Tiduri...?

Knp tak tegur bro?knp tak panggil ahli2 PAS tegur ahli2 UMNO ni. kenapa membiarkan kemungkaran di depan mata? nnt kat padang masyhar nak jawap apa, sbb membiarkan saudara se islam membuat mungkar.

dalam sidang DUN Kelantan tak lama dulu.... ADUN BN menafikan yang undi PAS dapat pahala... lepas tu kena bidas dgn YB Ust Nasaruddin Daud (Meranti)... dia tanya pada YB BN tu.. kalau kita suruh org semayang dpat pahala tak..Jawab YB tu.. mestilh dapat... pastu disoal lagi... Kalau undi PAS, Kerajaan PAS menang dan haramkan nombor ekor dapat pahala tak yg mengundi.. YB BN pon senyap.. last angguk2 membenarkan kenyataan Ust Nasaruddin.....

P/S: agak-agaklah... kalau sokong kerajaan yg luluskan judi, arak & maksiat dapat phala ke dosa..?:-?

Bro..kat padang masyhar nnt perkara apa yg mula2 ditanya? Solat kan? kalo solat tak cukup, undi PAS ka, undi UMNO ka, pahala yg seterusnya takkan dikira. bukan aku ckp, tp Rasullullah yg ckp.

dalam perlembagaan MALAYSIA yg tercinta ni yg buat Kelantan terhalang melaksanakan hudud.... jsut boleh luluskan je enakmen hudud.. tapi nak laksanakan tak boleh... sebab perlembagaan di Malaysia ni dah termaktub... "mana2 undang2 yg dibuat bercanggah dgn perlembagaan Malaysia... maka terbatal & tidak sah". jadi untuk merealisasikan HUDUD di Kelantan & seantero Malaysia ini... marilah sama2 kita undi PAS & BA dalam PRU 2007/08 ini.. InsyaAllah.

P/S: JOM PAKAT TOLAK BN!! UNDILAH PAS!:)cgrock

Adakah dgn melaksanakan hudud, kompom kita masuk syurga? aku cuma harap yg pemimpim PAS dpt menekan kepetingan solat jemaah. bukan masa ceramah je baru penuh masjid!!!

Aku minta maaf, mungkin ramai yg tersinggung. Nak negara ISLAM tp hidup kita dan keluarga kita dah ikut islam ke? solat kat masjid secara berjemaah cukup ke 5 waktu bg lelaki? ada hadis mengatakan yg Rasullullah nak bakar rumah2 org islam yg tak solat jemaah kat masjid.

kelaka tak? bila time solat 5 waktu, tak pulak kita g jemaah kat masjid, tp bila ada ceramah politik kat masjid, penuh plak masjid tu sbb ada MAT LABU.

APA? ingat MAT LABU tu lebih besar ke dr ALLAH SWT?bila azan berkumandang tak mau plak g jemaah kat masjid, dgr mat labu dtg, laju je ke masjid. Ni ke peragai2 org ISLAM yg kononnya nak tubuhkan negara ISLAM?

bukan kah ALLAH pernah berjanji, mrk2 yg brjuang ke jln ALLAH dan mengikuti jln ALLAH yg sebenar2nya maka ALLAH akan bg kemenangan kpd mrk. tp knp PAS tak menang2 lg? hanya ALLAH saja mengetahuinya.

Maaf lg sekali, bukan aku tak suka PAS tubuhkan negara islam. aku suka sgt tp sblm tu kita sbg ahli2 PAS cuba2 la perbaiki diri dan keluarga kita dahulu sblm mengutuk kerajaan.

Tulisan2 aku jawap tu bukan la nak backup UMNO k. cuma nak pebetulkn pandangan kita sbb kita begitu beria2 nak negara ISLAM. jd pemikiran kita pun kena la cara ISLAM.

dan lagi satu, PAS dan ahlinya gagal meyakinkan org ramai.yg org ramai nampak skrg, PAS cuma pandai amik kesempatan. tgk je la tulisan2 penyokong2 PAS dlm thread ni. tak der isu, cuma amik kesempatan atas kelemahan UMNO.

PAS kena tunjukkan yg mrk kuat tanpa perlu mengambil kesempatan atas kesilapan UMNO. takkan nak guna taktik mcm UMNO gak? UMNO kan sekular jd biar je la UMNO guna taktik mengambil kesempatan, PAS tak usah la ikut.

Yakin kat ALLAH, insyaALLAH menang. lg satu, tak usah la berkerjasama gn DAP dan PKR. matlamat kedua2 parti tu mcm HARAM!!!:mad:

Jd kesimpulannya, aku suka gn UMNO dan PAS. hehe...kan elok kalo mrk bleh kahwin. ala...apa salahnya kahwin, PAS bleh je terima DAP yg terang2 menolak negara ISLAM takkan UMNO yg seagama dan sebangsa ni tak dpt terima.

Andai berlaku perkahwinan UMNO dan PAS, maka bahagia dan bertambah kuat la ISLAM kat Malaysia. tp syg PAS lebih rela berkahwin gn DAP, manakala UMNO plak takut gn PAS.

Hai...tak tau knp bila dgr ceramah imam tabligh kat masjid sri petaling rasa sejuk je tp bila dgr ceramah imam PAS rasa panas je.mugkin itu beza antara imam PAS dan imam Tabligh.:D

nak tau apa beza imam PAS dan imam tabligh? cuba tanya soalan ni kat mrk

Apa pandangan tuan bila harga tol dan minyak naik

korang leh agakkan jawapan imam PAS? jwpn mrk, jgn undi UMNO. dah jd satu keje plak org mengundi PAS bukan sbb nak negara islam tp sbb nak rege minyak gn tol turun? apa ni? sesat ka? nampak tak matlamat sesetengah pemimpim dan ahli PAS dah lain. matlamat dah tak btul, mana ALLAH nak tlg.
 
Last edited:
tu diaaa extremis PAS kan aku dah kata sebab2 ni la PAS tuh x ubah mcm UMNO..now dengan pengaruh syiah yg makin menular dlm PAS..lagi takut dgr :( PAS x boleh pakai...:(scam


ustaz hyip...letak jawatan ler jd ustaz...:p harus anda ingat kerajaan BN skrg nie sedang menyusahkan anda dan rakyat malaysia...
banyak perkara yg perlu di kaji.jangan sesedap jari jer menaip...dan aku sendiri pun yakin ko pun terasa kesusahan tu...nak kata buta mata rasanye x kot...mungkin uztazz nie BUTA HATI..>>>

kena sambung ngaji pondok lg nie..:p
bak kata nasiayampedas tu..tepuk dada tanye iman...
dan...TERIMA KASIH KEPADA RAKYAT MALAYSIA KERANA MENYOKONG BN.
BN menang semua barang pun naik.

apa erti BN :

BN = Barang naik

BN:(scam ...BN:(scam ...BN:(scam
pak lah:(scam
najib:(scam
rafidah:(scam
ustaz hyip:(scam
nasiayampedas:(scam
:)cgrock :)cgrock
 
Soal perjuangan nie, yg penting biar matlamat tue biar jelas,dan asas yg kukuh (Al-quran dan As-sunnah). Soal amal ke tak amal tu soal individu sendiri. Tak boleh nak samakan org bawah ngan perjuangan parti. Jadi pasal ibadah nie, kena samax2 lah saling ingat menperingati.. dah jadi perkara biasa bg kita yg tak syumul nie - iman turun naik. 'Pasal boleh ke PAS jadik pemimpin?'.. aku rasa nie soalan weng ni.. Mana ko sggp hidup dlm negara yg penuh korupsi dan rasuah dengan negara islam. Penah tgk ke PAS pimpin negara? Jgn ingat org pas nie hanya tahu dgr ceramah, pegi masjid jah.. nie pandangan cetek namanya. Dan satu perkara yg aku setuju sgt ngan Adar23.. utk semua penyokong pas, kene ingat... jangan parti jer yg meletakkan dasar Alquran Assunnah, individu sendiri pun kene pelajari dan amal dgn ilmu yg ada...
 
Soal perjuangan nie, yg penting biar matlamat tue biar jelas,dan asas yg kukuh (Al-quran dan As-sunnah). Soal amal ke tak amal tu soal individu sendiri. Tak boleh nak samakan org bawah ngan perjuangan parti. Jadi pasal ibadah nie, kena samax2 lah saling ingat menperingati.. dah jadi perkara biasa bg kita yg tak syumul nie - iman turun naik. 'Pasal boleh ke PAS jadik pemimpin?'.. aku rasa nie soalan weng ni.. Mana ko sggp hidup dlm negara yg penuh korupsi dan rasuah dengan negara islam. Penah tgk ke PAS pimpin negara? Jgn ingat org pas nie hanya tahu dgr ceramah, pegi masjid jah.. nie pandangan cetek namanya. Dan satu perkara yg aku setuju sgt ngan Adar23.. utk semua penyokong pas, kene ingat... jangan parti jer yg meletakkan dasar Alquran Assunnah, individu sendiri pun kene pelajari dan amal dgn ilmu yg ada...

sbb tak pernah pimpin negara la kena tunjuk contoh yg baik. kalo tak susah nak menang. maksud aku bukan tunjuk contoh yg baik kat masyarakat islam je, kena jgk tunjuk gak teladan yg baik kat bukan islam.

Cuba bayangkan kalo masjid kita penuh gn org islam solat 5 waktu sehari berjemaah kat masjid. Apa padangan org bukan islam kalo tgk mcm tu? Mesti mrk gerun kan? jd IFC pun takkan wujud sbb takut gn perpaduan kita. Tp tgk la skrg, selamba2 je bukan islam mencampuri urusan agama kita.

Tp skrg tgk la mcm mana. PAS ada gak bersuara menentang IFC tp UMNO masih berdolak dalih lg. Pak Lah gagal sama sekali menutup mulut IFC ni. mungkin takut kehilangan pengundi bukan islam.

Dan kalo korang perasan, yg kuat mengerakkan IFC ni adalah mrk yg beragama hindu. malah masa kes pendaki everest tu tgk la mcm mana sammy vellu pun cuba masuk campur.

tp masa kes nyonya tahir ari tu, kaum cina takder la melampau sgt mcm org hindu.mrk bawa kes tu ke mahkamah syariah. tp kes pendaki everst tu, balu dia sampai pertikai kan mahkamah syariah kita.

Dan dr kwn aku yg india muslim, dia ckp org hindu pantang kalo ada famili mrk bertukar agama, lagi2 masuk ISLAM. bunuh anak sendiri pun mrk sanggup kalo anak mrk masuk ISLAM.

Org Cina plg koman pun masam muka je.

Maaf, bukan nak bawa masuk isu perkauman kat sini. tp IFc yg mulakan dulu.
 
Kat tempat aku banyak orang pas x ge masjid, solat berjemaah 5 waktu (sori kalo ader yg terasa)...waktu azan bleh wat bodo je...patut la sampai sekarang Allah belum bagi kemenangan kat pas...tapi aku puji kepimpinan pas sebab kebanyakan ulama...keburukan org umno x yah crite la, sbb lagi teruk dari org pas...Ape2 hal pun aku x sokong pas @ umno...baik betulkan diri sendiri dulu dari dok sibuk kutuk mengutuk, caci mencaci sesama islam
 
lagi satu...Asal org pas suka kutuk kerajaan...pas2 crite keburukan orang islam (org umno)...dosa mengumpat 2 besar gak...ape pandangan orang pas kat sini?
 
Jd kenapa PAS tidak amik inisiatif utk membendungnya? takkan nak salahkan UMNO gak?ala...UMNO kan sekular. jd tak usah la megharapkan UMNO nak membendung maksiat ni. PAS patut amik

ingat BADAR, badan amal makruf nahi munkar... siapa beri tekanan sampai BADAR tak boleh berfungsi sepenuhnya,,, lagi satu.... kalo PAS dah tak larat... UMNO wat per.... banteras ker suburkan...bila maksiat berleluasa dan pencegahan dikekang... kesian generasi anak cucu kita kelak bro... nauzubillah,, YA ALLAH semoga yang tidak bersetuju dengan dunia maksiat dijaga dengan hidayah anak cucu cicit dia apabila dia tiada... agar di kubur dia sentiasa menerima rahmat MU,, yang setuju... moga diberi hidayah agar sekiranya dia tak sayang dirinya,,, sekurang2nya dia ingat akan anak cucu dan cicit dia...


kelaka tak? bila time solat 5 waktu, tak pulak kita g jemaah kat masjid, tp bila ada ceramah politik kat masjid, penuh plak masjid tu sbb ada MAT LABU.

APA? ingat MAT LABU tu lebih besar ke dr ALLAH SWT?bila azan berkumandang tak mau plak g jemaah kat masjid, dgr mat labu dtg, laju je ke masjid. Ni ke peragai2 org ISLAM yg kononnya nak tubuhkan negara ISLAM?

betul gak pasal kehadiran solat tu,,, tapi macammana ko brani kater ader yang beranggapan MAT LABU lebih besar dari Allah nie... bahaya kenyataan nie... tapi cuba pikir bila PM umum Islam Hadhari... besar ker islam hadhari nie banding ISLAM yang nabi tak label qadimi atau hadhari nie.. ko tau tapi aper ko buat.. ko mak ayah adik beradik tak sokong islam hadhari tapi sokong UMNO kot... pendirian beb

korang leh agakkan jawapan imam PAS? jwpn mrk, jgn undi UMNO. dah jd satu keje plak org mengundi PAS bukan sbb nak negara islam tp sbb nak rege minyak gn tol turun? apa ni? sesat ka? nampak tak matlamat sesetengah pemimpim dan ahli PAS dah lain. matlamat dah tak btul, mana ALLAH nak tlg.

saper imam tu bro... tak salah pun kalo kita nak banyak tapi asas satu jer... lagi satu... niat orang biar la Allah menilai.. peace :)cgrock
 
Last edited:
Adakah dgn melaksanakan hudud, kompom kita masuk syurga?
Yang ni tak perlu di pertikaikan..HUKUM tetap HUKUM..Takde jaminan masuk syurga kalau kita buat hudud ke atau tak buat..Macam solat jugak..ramai yg solat tp masih melakukan maksiat..padahal solat tu mencegah dr kemungkaran..disinilah kita kena perbaiki amalan (solat) kita..Bukan nak cite pasal solat tp pasal hukum..Kalau hukum tu dah ditetapkan dalam Quran, walaupun logik ke, tak logik ke, WAJIB kita tunaikan sedaya upaya..JANGAN sesekali kita pertikaikan apa yg telah termaktub dalam Quran..yg ni boleh merosakkan AQIDAH..

Macam bab HUDUD jugak..memang dah terang-terang ade dalam Quran dan Hadis..Tak payah pusing lah kot mane pun, memang WAJIB kita laksanakan..disinilah peranan pihak BERKUASA..sy ulang sekali lg pihak BERKUASA..pihak berkuasa ni KERAJAAN lah..
Oleh kerana Malaysia ni dah declare negara ISLAM, boleh ke tak boleh kerajaan WAJIB BERUSAHA laksanakan Hukum ISLAM ini..tak kiralah masyarakat majmuk ke atau tidak..yg penting ade usaha dan niat nat buat Hukum ISLAM..zaman nabi pun masyarakat majmuk..
Insya allah jika tertegak nya hukum ISLAM ini, maksiat, kejahatan, kemungkaran dpt dikurangkan..apa-apa pun semua pihak memainkan peranan dr akar umbi..KERAJAAN, IBU BAPA, PIHAK SEKOLAH, DIRI SENDIRI..dll


Aku minta maaf, mungkin ramai yg tersinggung. Nak negara ISLAM tp hidup kita dan keluarga kita dah ikut islam ke? solat kat masjid secara berjemaah cukup ke 5 waktu bg lelaki? ada hadis mengatakan yg Rasullullah nak bakar rumah2 org islam yg tak solat jemaah kat masjid.

Yang ni aku SOKONG...SOLAT ADALAH TIANG AGAMA..


HIDUP ISLAM..bukan hidup melayu :)) ..orang india pun islam gak, org cina pun islam gak..apa ada pada bangsa..:D


"BARANG SIAPA TIDAK MENGHUKUM DENGAN APA YG DITURUNKAN OLEH ALLAH, MAKA MEREKA ADALAH ORANG KAFIR"

wallahu a'lam
 
Back
Top
Log in Register