BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar Ucap Selamat Hari Lahir Kepada Presiden Timor-Leste Ramos-Horta

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,187
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,187
Reaction score
346
Points
141
5bace607e18c3913b73ecc8de14c97ec694e719b77200

Kredit: Laman Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyampaikan ucapan selamat hari lahir kepada Presiden Timor-Leste Dr Jose Ramos-Horta yang genap berusia 76 tahun.

Menerusi hantaran di media sosial, Anwar menzahirkan harapan agar tahun mendatang membawa kesihatan yang baik, kejayaan serta kebijaksanaan dalam kepimpinan kepada Ramos-Horta.

“Selamat hari lahir kepada sahabat saya, Presiden Dr Jose Ramos-Horta dari Timor-Leste. Malaysia amat menghargai persahabatan erat serta kerjasama strategik dengan negara itu, khususnya dalam memperkukuh hubungan dalam ASEAN,” menurut hantaran berkenaan.

Perdana Menteri turut berharap hubungan antara Malaysia dan Timor-Leste akan terus berkembang demi kesejahteraan kedua-dua negara serta menyumbang secara positif kepada kemakmuran serantau.

Ramos-Horta, yang dilahirkan pada 26 Dis 1949 di Dili, merupakan penerima Hadiah Keamanan Nobel dan memainkan peranan penting dalam perjuangan kemerdekaan serta pembinaan negara Timor-Leste.

Timor-Leste secara rasmi diterima sebagai anggota ASEAN pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berlangsung di bawah Kepengerusian Malaysia pada Oktober lepas.

 
Back
Top
Log in Register