BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perjalanan Timor-Leste Buktikan Keamanan Boleh Dicapai Menerusi Diplomasi: Ramos-Horta

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,168
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,168
Reaction score
346
Points
141

Perjalanan Timor-Leste Buktikan Keamanan Boleh Dicapai Menerusi Diplomasi: Ramos-Horta​

f8ccc673b193ee3d486dcc7f70a3f72f6a31386e55666

19111c6e9355d9d183d768d4db8b68806a31390b917bb

Presiden Timor-Leste Jose Ramos-Horta menyampaikan syarahan khas bertajuk “Navigating Turbulent Times, Pursuing Peace” sempena pelancaran buku “The Rising Sun: Timor-Leste’s Journey to Peace and Development”, sebuah penerbitan yang dihasilkan menerusi kerjasama penyelidikan tiga hala melibatkan Malaysia, Australia dan Timor-Leste.

Pengalaman Timor-Leste dalam mencapai kemerdekaan dan membina keamanan menunjukkan bahawa konflik boleh diselesaikan apabila pemimpin memilih diplomasi, perdamaian dan menghormati undang-undang antarabangsa, kata Presiden Jose Ramos-Horta pada Selasa.

Penerima Hadiah Keamanan Nobel itu berkata perjalanan Timor-Leste daripada konflik kepada kemerdekaan dapat direalisasikan bukan sahaja menerusi kepimpinan negara itu sendiri, tetapi juga solidariti serantau dan antarabangsa, termasuk usaha oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), negara anggota ASEAN dan rakan-rakan lain.

“Apabila masyarakat antarabangsa bekerjasama, apabila terdapat usaha giat oleh pemimpin yang memahami peranan mereka, maka sesuatu boleh berlaku,” katanya dalam syarahan khas bertajuk “Navigating Turbulent Times, Pursuing Peace”.

Presiden itu berkata proses kemerdekaan Timor-Leste turut mencerminkan kepentingan kebijaksanaan kepimpinan negara, dengan merujuk keputusan Indonesia untuk menghormati keputusan referendum 1999 dan perdamaian yang kemudiannya terjalin antara Timor-Leste dan Indonesia.

Timor-Leste, yang dahulunya merupakan tanah jajahan Portugis, berada di bawah pentadbiran Indonesia pada 1975, diikuti lebih dua dekad konflik dan penentangan.

Dalam referendum yang diselia PBB pada 30 Ogos 1999, rakyat Timor-Leste mengundi memihak kepada kemerdekaan, sekali gus membuka laluan kepada pentadbiran peralihan PBB sebelum negara itu memperoleh semula kemerdekaan penuh pada 20 Mei 2002.

Beliau berkata negara itu memilih untuk tidak memburukkan rakyat Indonesia atau mengaitkan konflik itu dengan agama, sambil menambah bahawa perdamaian dapat dicapai kerana kebencian tidak dijadikan alat politik.

Beliau berkata negaranya sejak itu terus berusaha mengekalkan keamanan dan kestabilan, dengan Indonesia turut memainkan peranan konstruktif dalam menyokong kestabilan di sepanjang sempadan bersama dan menyokong penyertaan Timor-Leste ke dalam ASEAN.

Ramos-Horta turut merakamkan penghargaan kepada kepimpinan Malaysia, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas bantuan dalam membina konsensus ASEAN mengenai kemasukan Timor-Leste sebagai anggota ke-11 blok serantau itu.

 
Back
Top
Log in Register