BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar Terima Kunjungan Sheikh Dr Mohammad Bin Abdulkarim Alissa

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Anwar Terima Kunjungan Sheikh Dr Mohammad Bin Abdulkarim Alissa​

e682db07d5b9b76d7888c1ee8087fc526a2ec4c1c6835

1ec11c311630912399442f70500bc89c6a2ec4bd640d2

Kredit : FB Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan Setiausaha Agung Rabithah al-Alam al-Islami (Liga Dunia Muslim) Sheikh Dr Mohammad Abdulkarim Alissa dan saling bertukar pandangan mengenai perkembangan dunia Islam serta usaha memperkukuh persefahaman antara agama.

Pertemuan itu, yang berlangsung di Putrajaya, turut menyentuh kejayaan Sidang Kemuncak Pemimpin Agama Antarabangsa Ke-3 di sini baru-baru ini yang berjaya menghimpunkan tokoh agama, cendekiawan dan pemimpin masyarakat pelbagai latar belakang serta negara.

“Platform ini amat penting dalam membina persefahaman, merapatkan jurang perbezaan serta memupuk budaya dialog yang matang,” katanya menerusi hantaran di X hari ini.

Beliau berkata Sheikh Mohammad turut berkongsi pandangan mengenai peranan Malaysia dalam memperkukuh hubungan antara dunia Islam dengan masyarakat antarabangsa termasuk usaha membina jambatan persefahaman antara Timur dan Barat.

“Saya menghargai peranan aktif badan ini (Rabithah al-Alam al-Islami) dalam mempromosikan kesederhanaan, keamanan serta kerjasama rentas agama pada saat dunia berdepan pelbagai konflik dan ketegangan yang semakin meruncing,” katanya.

Menurut Perdana Menteri, pertemuan itu turut membincangkan kedudukan dunia Islam serta keperluan memperkukuh kekuatan umat menerusi pendidikan, pembangunan ekonomi selain penguasaan ilmu dan teknologi di samping mengangkat nilai keadilan, ihsan serta kemanusiaan sejagat.

“Kami juga sepakat bahawa masa depan yang lebih aman dan stabil hanya dapat dibina melalui dialog yang berterusan, sikap saling menghormati serta keterbukaan menjalin hubungan lebih erat antara masyarakat dan penganut pelbagai agama di seluruh dunia,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register