BTC USD 86,251.4 Gold USD 4,358.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

~ Anwar Mohon Maaf ~

wanzex

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,552
Joined
Jul 12, 2006
Messages
35,552
Reaction score
1,107
Points
191
Anwar mohon maaf daripada Guan Eng

GEORGETOWN: Ketua Menteri, Lim Guan Eng menganggap masalah antara beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai berikutan permohonan maaf daripada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Lim hari ini mengesahkan bahawa Anwar telah memohon maaf berikutan kegagalan beliau memaklumkan kepada Lim mengenai peletakan jawatan bekas Timbalan Ketua Menteri I, Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti.

"Saya tidak mahu perkara ini berlanjutan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sebelum ini, Lim yang juga Setiausaha Agung DAP secara peribadi menyatakan perasaan kurang gembira kerana Anwar tidak memaklumkan kepadanya mengenai peletakan jawatan Mohammad Fairus.

Mohammad Fairus yang meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I, berkuat kuasa 8 April lalu, kemudiannya melepaskan jawatannya sebagai Adun Penanti pada 16 April. - Bernama
 
camni laa pemimpin...
wat salah pastu mohon maaf

ada sesetengah tu...
bkn main angkuh lagi...
 
jgn contohi mat penang....die punye pasal si najib pulak yg g mintak maaf...:))
 
erm..
udah2 la nak kater cm nih la pemimpin minta maaf....baru satu dua tunjuk baik, di lambung tinggi menjunam...

klu puak2 umnonong buat rumah utk rakyat, lagi duk kate rasuah nih , rasuah itu...cm2 korunk kutuk...

aku pown tak paham korunk semua nih...patut nyer yg sape yg wat baik tak kirer la umnonong ker pembngkang ke..xpyh nak kutuk....
 
buat sesuatu secara ikhlas kira ok gek...tp klu nk tunjuk2 aku rasa xyah ler...org skrg dh cerdik belaka!
 
jgn contohi mat penang....die punye pasal si najib pulak yg g mintak maaf...:))

sib baik time tu najob bolum jadi PM laie.kalau tak lagi haru,PM yang wakil mintak mahap..:)):))
 
isu maaf yg mulia pun bukak thread..

apedaa..
 
Back
Top
Log in Register