combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,174
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,174
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan ketika menghadiri pertemuan dengan penduduk Pulau Banggi di Dewan Terbuka Pekan Baru Pulau Banggi.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu dasar transformasi digital dan kecerdasan buatan (AI) negara tidak hanya tertumpu di Kuala Lumpur, universiti utama atau institusi penyelidikan, sebaliknya dapat dinikmati rakyat di peringkat akar umbi.
Beliau berkata dasar teknologi baharu itu perlu diperluas ke setiap kawasan serta daerah bagi memastikan keadilan kepada semua rakyat, khususnya golongan miskin serta masyarakat di kawasan pedalaman, pulau dan desa.
“Bila kita jadikan ini dasar negara, dua tahun setengah yang lepas, kebimbangan saya ialah dasar itu tinggal (tertumpu) di Kuala Lumpur, di universiti-universiti utama, badan-badan penyelidikan penting, tetapi tak sampai ke akar umbi.
“Jadi berlaku kesenjangan antara golongan terdidik, golongan kaya bandar, dengan golongan miskin terutama di pedalaman desa, pulau, bukit dan gunung di seluruh Sabah ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Masyarakat Setempat Pulau Banggi di sini hari ini.
Yang turut hadir Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Hasan.
Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Safar Untong dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggi Datuk Mohammad Mohamarin.
Anwar berkata Kerajaan MADANI akan terus memberi perhatian bagi memastikan pembangunan digital tidak melebarkan jurang antara bandar dan luar bandar, sebaliknya menjadi pemangkin kepada peningkatan ilmu, kemahiran dan peluang baharu rakyat.
Menurut Menteri Kewangan itu, kejayaan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pulau Banggi di sini yang dinobatkan juara kategori capacity building pada World Summit on the Information Society (WSIS) anjuran International Telecommunication Union di Geneva tahun lepas, membuktikan masyarakat di kawasan pulau terpencil juga mampu cemerlang dalam bidang digital apabila diberi ruang, kemudahan dan sokongan sewajarnya.
Beliau berkata walaupun Pulau Banggi jauh dari pusat bandar dan berdepan pelbagai kekangan kemudahan, kawasan itu tetap berjaya mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
Anwar Mahu Transformasi Digital, AI Sampai Ke Akar Umbi
Anwar Ibrahim, NADI, kejayaan, Pulau Banggi, Kudat