BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar berhasrat wajibkan menteri alumni UM sumbang RM10,000 untuk UMEF

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,542
Joined
Apr 15, 2012
Messages
46,542
Reaction score
4,820
Points
266

Anwar berhasrat wajibkan menteri alumni UM sumbang RM10,000 untuk UMEF​

18 Disember 2024 07:19am

Anwar berucap pada Majlis Makan Malam Alumni Universiti Malaya di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, Kuala Lumpur malam tadi. Foto Bernama

Anwar berucap pada Majlis Makan Malam Alumni Universiti Malaya di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, Kuala Lumpur malam tadi. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat mewajibkan semua Menteri Kabinet yang juga alumni Universiti Malaya (UM) untuk menyumbang RM10,000 kepada Tabung Endowmen universiti itu (UMEF).

Penaung Persatuan Alumni UM itu berkata, langkah tersebut dapat membantu mahasiswa yang memerlukan bantuan dan meringankan beban kewangan yang perlu ditanggung oleh kerajaan kepada universiti berkenaan.

"Setuju kalau saya katakan bermula dengan Ahli Jemaah Menteri alumni, kita akan mulakan dana wajib RM10,000 seorang dan saya percaya setiap graduan universiti yang sumber pendapatannya lebih RM10,000 juga harus diwajibkan untuk menghulurkan sekurang-kurangnya RM1,000 kepada Tabung Endowmen UM,” katanya pada Majlis Makan Malam Alumni UM di Dewan Tunku Canselor di sini.

Turut berangkat ke majlis itu Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang juga Canselor UM.
Antara alumni UM yang hadir ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan serta Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.

Anwar berkata, bagaimanapun, cadangan itu bukan bermakna kerajaan mahu mengambil sikap lepas tangan dalam menyalurkan peruntukan kepada institusi berkenaan.
"Saya tidak mahu melepaskan tanggungjawab sebagai pemerintah tetapi seperti saudara saudari tahu, kita ada tekankan kebatasan kerana kita mewarisi keadaan ekonomi yang tidak diuruskan dengan begitu bertanggungjawab.

"Malah negara lebih terkenal dengan kelemahan tatakelola sehingga beban hutang mencecah RM1.5 trilion pada ketika ini," katanya sambil menambah jika sumbangan itu dikumpulkan oleh UMEF, sasaran RM500 juta mampu dicapai.

Naib Canselor UM, Datuk Seri Profesor Dr Noor Azuan Abu Osman pula berkata, tabung itu menyasarkan dana sebanyak RM1 bilion dengan RM500 juta adalah hasil daripada usaha gigih universiti dan alumni, sektor korporat serta industri manakala selebihnya diharap disokong oleh dana padanan daripada kerajaan.

"Sehingga kini, hasil dana dalaman dan luaran telah berjaya mengumpulkan RM220 juta dan dengan rendah hati, kami memohon sokongan dan dukungan yang berterusan daripada semua pihak terutama kerajaan untuk berganding bahu menjayakan agenda universiti.

 

Alumni UM WAJIB SUMBANG RM1,000 sebulan kata PMX - korang okey ke tu?​

Best betul jadi kerajaan sekarang. Bagi alasan "warisi kewangan yang teruk", habis rakyat semua kena perah. Masa pembangkang dulu bukan main sembang!

 
Memang bagus idea pmx ni, saya sokong.
Patutnya semua menteri kena potong gaji sampai tinggal baki 3 ribu jer perbulan.
Menteri bukan boleh pegang duit banyak2...semua kena hulur balik pada rakyat jelata.
:D
 

Alumni UM WAJIB SUMBANG RM1,000 sebulan kata PMX - korang okey ke tu?​

Best betul jadi kerajaan sekarang. Bagi alasan "warisi kewangan yang teruk", habis rakyat semua kena perah. Masa pembangkang dulu bukan main sembang!


Inilah yg selalu terjadi.

Pimpinan yg dibenci buat kenyataan A.

Pembangkang akan ulas dari sudut A*. Pastu pakat2 serang kenyataan A* yg dah twisted tu.

PMX cadang nk wajibkan kpd Alumni UM yg bertaraf MENTERI KABINET. Diolah jadi PMX nk wajibkan kpd semua Alumni UM.

Mmglah kelaut jadinya.
 
Back
Top
Log in Register