BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar Adakan Pertemuan Dua Hala Dengan Trump

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,704
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,704
Reaction score
97
Points
80
f9efe2c83f4e247536b43882a11a328868fdb9fc528c9

06c13e967f91ecfef5732e1caca4088868fdba1eb546a


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di sini, hari ini.

Kedua-dua pemimpin itu menghadiri pertemuan tersebut sejurus selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian damai antara Thailand dan Kemboja di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Perjanjian Damai KL itu yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul dan rakan sejawatnya dari Kemboja Hun Manet itu menandakan langkah rasmi ke arah menghentikan permusuhan serta memulihkan keamanan di sepanjang sempadan yang dipertikaikan antara kedua-dua negara.

Media sebelum ini melaporkan bahawa Duta Besar AS ke Malaysia Edgard D. Kagan berkata tarif semikonduktor, perdagangan, pelaburan, keselamatan dan kestabilan serantau antara topik yang dijangka dibincangkan semasa lawatan sulung Trump ke Malaysia.

Menurut Kagan, Malaysia merupakan rakan kongsi yang amat penting bagi AS, memandangkan syarikat negara itu telah membuat pelaburan besar dalam sektor ini, khususnya yang menumpukan kepada rantaian bekalan Barat.

Hubungan dua hala antara Malaysia dan AS kekal kukuh sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 1957. Pada 2014, kedua-dua negara telah meningkatkan hubungan itu kepada Tahap Perkongsian Komprehensif.

AS merupakan antara rakan dagang dan pelabur terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan bernilai RM324.91 bilion (USD71.39 bilion) pada 2024.

 
Back
Top
Log in Register