BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anugerah Keusahawanan KPT 2025: UMK Dinobat Pusat Keusahawanan Terbaik

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Anugerah Keusahawanan KPT 2025: UMK Dinobat Pusat Keusahawanan Terbaik​

c143e39ba24a06fa74210af822ac2b6d6a098a64bd29f

30e4975f19be1d867fdb9ad3b94a74e76a098a7c4af55

Kredit UMK

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dinobatkan sebagai Pusat Keusahawanan Terbaik menerusi Institut Keusahawanan UMK (UMKEI) pada Majlis Anugerah Keusahawanan Kementerian Pendidikan Tinggi 2025 (AKKPT 2025) yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam.

Pada majlis itu, UMK turut merangkul tiga lagi pengiktirafan, iaitu kategori Perusahaan Graduan Terbaik menerusi Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi, Mentor Keusahawanan Terbaik serta Perusahaan Pelajar Terbaik.

Naib Canselor UMK Prof Datuk Dr Arham Abdullah berkata kejayaan itu mencerminkan komitmen berterusan universiti dalam memperkasakan budaya dan ekosistem keusahawanan yang inklusif, lestari serta berimpak tinggi.

Beliau berkata daripada 11 kategori yang dipertandingkan pada AKKPT 2025, UMK berjaya mara ke peringkat akhir dalam lapan kategori dengan Perusahaan Pelajar menyaksikan UMK menghantar tiga wakil ke pentas final.

“Sekalung tahniah dan penghargaan kepada UMKEI, pensyarah, mentor, pelajar, graduan serta semua finalis yang berjaya mengharumkan nama UMK di pentas nasional,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Majlis penyampaian anugerah dan perasmian AKKPT 2025 disempurnakan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Sementara itu, Pengarah Kanan UMKEI Prof Dr Mohd Nor Hakimin Yusoff berkata kemenangan anugerah Pusat Keusahawanan Terbaik mengiktiraf peranan aktif institut itu dalam memperkasakan budaya dan ekosistem keusahawanan dalam kalangan mahasiswa serta komuniti universiti.

Beliau berkata pencapaian alumni UMK, Syed Muhammad Hafiz Seeni turut membuktikan siswazah universiti itu mampu bersaing serta membina jenama perniagaan yang berjaya di peringkat nasional.

“Anugerah Mentor Keusahawanan Terbaik yang dimenangi Dr Mohd Safwan pula menjadi pengiktirafan terhadap sumbangan dan komitmen beliau dalam membimbing serta membangunkan potensi usahawan muda UMK. Selain itu, syabas dan tahniah juga kepada syarikat pemula pelajar UMK, Leaf Eternal Trading yang muncul naib johan,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register