BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anugerah Kecemerlangan Media KPKT 2025: Bernama Menang Lima Anugerah

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,700
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,700
Reaction score
97
Points
80
43137800640ee9f32642dcc3eef84401691b465504457


Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berjaya memenangi lima anugerah dalam empat kategori dipertandingkan pada majlis Anugerah Kecemerlangan Media (AkeMedia) Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) 2025 di sini, malam ini.

Hadiah kepada pemenang disampaikan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Pada majlis itu, dua petugas Bernama meraih tempat pertama masing-masing Ketua Biro Bernama Johor Hasnah Jusid bagi kategori Anugerah Kandungan Media Sosial Terbaik 2025, melalui kandungan bertajuk “Dari Flat Usang ke Harapan Baru Bandar”, dan jurugambar Bernama Terengganu Mohd Khairul Fikiri Osman bagi kategori Anugerah Kewartawanan Foto Terbaik 2025.

Kedua-dua mereka membawa pulang wang tunai RM3,000, trofi dan sijil.

Kategori Anugerah Kandungan Media Sosial Terbaik 2025, juga menyaksikan seorang lagi wartawan daripada Bernama Kelantan Mohd Noor Iqram Rosli memenangi tempat ketiga dengan artikelnya bertajuk “Portal Teduh: Akses Informasi Perumahan”.

Selain itu, wartawan Perkhidmatan Berita Ekonomi Abdul Hamid A Rahman juga mendapat tempat ketiga bagi Anugerah Penerbitan Artikel Terbaik 2025, menerusi tiga artikel bersiri mengenai isu yuran penyenggaraan dalam pembangunan strata Malaysia.

Sementara gandingan wartawan penyiaran Bernama Radio Siti Hashmarr Mohd Hashim, Nurul Shuhadah Armawan dan Edlynna Hanie Abu Hamid, meraih tempat ketiga bagi Anugerah Penyiaran Radio Terbaik 2025 menerusi penyiaran bertajuk “Lambakan Rumah Tidak Terjual: Mampu Milik atau Hanya Mimpi?”.

Kesemua mereka yang mendapat tempat ketiga membawa pulang wang tunai RM1,000, trofi dan sijil.

Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin yang turut hadir pada majlis berkenaan, menzahirkan harapan agar pencapaian Bernama malam ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

 
Back
Top
Log in Register