BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Antartika semakin cair

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
du_05.1.jpg

REUTERS - GAMBAR fail bertarikh 23 Januari 2010 menunjukkan seekor penguin Adelie berdiri di atas sebuah blok ais yang semakin cair di Antartika.

MIAMI – Pencairan ais di Antartika Barat mencetuskan kebimbangan berikutan paras laut dunia boleh menyebabkan keadaan tidak stabil termasuk boleh membawa kepada peningkatan paras laut sebanyak 3 meter, kata sekumpulan saintis kelmarin.

Penyelidikan yang diketuai penyelidik glasier Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), Eric Rignot sejak setahun lalu itu turut memberi amaran bahawa ais Antartika telah mencapai tahap penyusutan yang tidak dapat dipulihkan lagi.

Rignot sebelum ini berkata, kadar pencairan itu ‘tidak boleh dihentikan’ sehingga boleh menaikkan paras laut sebanyak 1.2 meter.

Kali ini, penyelidik di Institut Penyelidikan Impak Cuaca Potsdam di Jerman menunjukkan kesan jangka panjang di kawasan Laut Amundsen di Antartika Barat.

Mereka menggunakan model komputer untuk menunjukkan kesan selepas 60 tahun mengikut kadar pencairan semasa.

“Situasi ini akan menyebabkan lapisan ais Antartika Barat melangkaui batasan kritikal yang akan membawa kepada kemusnahan jangka panjang.

“Ini bermakna, keseluruhan lapisan ais itu akan mencair ke dalam laut, menyebabkan paras laut dunia meningkat sekitar 3 meter,” lapor kumpulan itu.

Pemanasan global selama beberapa dekad dikatakan sudah cukup untuk menyebabkan lapisan ais dunia mencair sepanjang tempoh beratus mahupun beribu-ribu tahun akan datang.

“Jika ketidakstabilan itu sudah berlaku, peningkatan paras laut sebanyak 3 meter sepanjang beberapa abad hingga kurun berikutnya mungkin tidak dapat dielak*kan lagi,” kata Ketua Penyelidik, Johannes Feldmann. – AFP
 
Last edited:
tajuk berbeza dengan isi artikel..
TT mabuk ketum ni
 
du_05.1.jpg


KUALA LUMPUR - Tiga dalang utama sindiket memproses pil ekstasi sekali lagi meringkuk dalam penjara sejurus tamat tempoh tahanan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 Julai lalu.

Menurut Timbalan Pengarah Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Haris Wong Abdullah, ketiga-tiga dalang sindiket adalah antara 16 suspek ditahan termasuk seorang lelaki warga China dipercayai ‘pemain utama’ dalam sindiket ini.

“Bahkan ketiga-tiga suspek turut dipercayai berkongsi resipi penghasilan dadah ekstasi ketika masih dalam tahanan polis sebelum keluar penjara dan terjebak dalam sindiket pengedaran dadah.

“Kumpulan ini menjadikan banglo di kawasan terpencil di Jerantut, Pahang, sebagai makmal pemprosesan utama. Namun, menjadikan enap desa yang terletak kira-kira lima kilometer dari banglo tersebut sebagai tempat penginapan mereka,” katanya.

Menurut Haris, kegiatan kumpulan itu terbongkar selepas sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (Sting) Bukit Aman, melancarkan 10 serbuan serentak di Jerantut dan Genting Highlands, Pahang, serta beberapa lokasi sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, 1 November lalu.

“Hasil serbuan, polis menahan 16 suspek tempatan dan warga asing termasuk lima wanita berumur antara 18 hingga 50 tahun.

"Dua daripadanya seorang lelaki dan seorang wanita warga China dan dua wanita warga Vietnam. Mereka dipercayai bergiat aktif sejak setahun lalu.

“Polis turut merampas 201 kilogram serbuk dadah jenis ekstasi dan lima kilogram kokain bernilai RM28 juta dan pelbagai jenis peralatan memproses dadah,” katanya.

Serbuan berjaya membongkar sebuah kondominium mewah di Kepong yang dijadikan stor penyimpanan dadah dengan rampasan ekstasi sebanyak 77 kilogram.

“Turut disita wang tunai termasuk mata wang asing dianggarkan berjumlah RM800,000, dua utas jam tangan mewah selain 10 buah kereta mewah pelbagai jenis antaranya Toyota Vellfire,

Toyota Alphard, Mercedes Benz C180 dan BMW 3 Series yang kesemuanya bernilai kira-kira RM2.4 juta.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, " katanya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/semasa/kongsi-resipi-hasil-pil-ekstasi-1.447738

bang..lain yang cair ni bang...
 
Back
Top
Log in Register