BTC USD 62,626.1 Gold USD 4,442.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Angkasa perunding projek RM1 bilion

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg



KOTA BHARU 10 Ogos - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dilantik menjadi perunding pemasaran bagi dua projek pembinaan bernilai RM1 bilion yang dimajukan United Flagship Development Sdn. Bhd. (United Flagship).

Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, pihaknya akan menjadi orang tengah antara pemaju dan pembeli untuk memasarkan projek kawasan industri dan perumahan yang bakal dibina di kawasan seluas 93 hektar di Seribong, di sini.

"Projek ini melibatkan dua fasa pembinaan. Bagi fasa pertama, sebanyak 757 premis kedai, bengkel dan gudang akan dibina di kawasan seluas 50.6 hektar dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun.

“Fasa kedua pembinaan akan dibangunkan selepas fasa pertama siap berikutan pihak pemaju masih dalam perancangan untuk menentukan jenis perumahan yang akan dibina," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara MyAngkasa Bina Sdn. Bhd. dan United Flagship serta Sambutan Hari Raya Aidilfitri Angkasa Kelantan 2015.

Yang hadir sama, Naib Presiden Angkasa, Datuk Kamarudin Ismail; Pengerusi Perhubungan Angkasa Kelantan, Datuk Che Mohd. Shukree Che Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif United Flagship, Nik Azman Nik Mustapha.

Terdahulu, Che Mohd. Shukree turut menyampaikan sumbangan zakat kepada 20 anak yatim di negeri ini.

Menurut Abdul Fattah, pihaknya juga akan menjadi perunding pemasaran bagi projek hotel dan hotel kondominium (condotel) yang akan dibina di Jalan Sultan Ibrahim di sini, dalam tempoh tiga tahun oleh pemaju yang sama.

"Pada masa sama, kita juga berhasrat untuk menjadikan hotel dan condotel yang bakal dibina itu sebagai salah satu rangkaian hotel koperasi.

"Saya sifatkan kerjasama ini adalah usaha berani yang diambil Angkasa Kelantan untuk melibatkan diri dalam perniagaan berimpak tinggi. Pembabitan ini merupakan peluang kepada gerakan koperasi untuk melibatkan diri dalam kegiatan perniagaan," ujarnya.

Tambahnya, semua koperasi di negeri ini disarankan supaya merebut peluang memiliki aset pada harga istimewa menerusi kerjasama yang terjalin antara Angkasa dan United Flagship, seterusnya melibatkan diri dalam perniagaan berimpak tinggi.
 
Back
Top
Log in Register