BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Anggur Jerantut setara buah import

notepad

Legendary Member
gem
Messages
15,750
Joined
Sep 17, 2011
Messages
15,750
Reaction score
2,180
Points
266

Anggur Jerantut setara buah import​

ROSILAWATI ROSEDI | | 11 Februari 2022
1492805.jpg

Syed Norhaimi gembira kerana cubaannya menanam anggur membuahkan hasil.

JERANTUT - Dulu strawberi, kini pokok anggur pula memenuhi persekitaran rumah sejak 2020 hingga kini.

Syed Norhaimi Syed Zin, 57, dari Taman Seri Embun di sini mula beralih kepada penanaman varieti anggur jenis manis, 'table grape' sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 2020 lalu.

Menurutnya, sebelum ini, dia menanam anggur jenis masam, 'wine grape' sejak 20 tahun lalu sebelum mencuba varieti 'table grape'.

Bekas kakitangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) itu memberitahu anggur atau nama saintifiknya, Vitis juga menjadi pendapatan sampingannya susulan masyarakat mula membeli anak pokok buah tersebut daripadanya.
1492806.jpg

Pelbagai varieti anggur yang ditanam oleh Syed Norhaimi di sekeliling rumahnya.

"Anak pokok berasal dari Eropah ini ditanam di sekeliling rumah dan dijual setiap satu pada harga antara RM100 hingga RM200 bergantung kepada jenis varieti.

"Dulu saya usahakan strawberi namun kerana ia mudah diserang penyakit menyebabkan saya beralih arah.

"Tanam anggur tidak memerlukan kawasan luas selain kita sendiri boleh tentukan masa untuk keluarkan hasil, ia memerlukan tempoh lapan bulan untuk matang," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Tambahnya, situasi itu juga menyebabkan kawasan rumahnya menjadi tumpuan masyarakat setempat yang tertarik dengan pemandangan dan lanskap terhasil.

Disyorkan artikel ini:
Ujarnya lagi, iklim Khatulistiwa menyebabkan anggur boleh mengeluarkan hasil lebih kerap berbanding iklim di Eropah hanya sekali untuk sepanjang tahun.

"Namun anggur juga memerlukan penjagaan rapi dengan menggunakan plastik pelindung hujan kerana ia mudah terkena kulat.

"Selain itu anak pokok anggur juga mahal bergantung jenis varieti namun saya percaya harganya akan lebih murah nanti dalam tempoh beberapa tahun memandangkan masyarakat di negara ini sudah mula membuka mata terhadap penanaman anggur," jelas bapa kepada empat cahaya mata itu.
1492804.jpg

Buah anggur yang bergantungan juga menjadi terapi buat Syed Norhaimi dan isterinya.

Dalam pada itu, selain memberikan pendapatan sampingan, Syed Norhaimi menyifatkan ia menjadi terapi jiwa buat dia dan isterinya, Sharifah Zuriah Syed Zainal Abidin, 53, kerana lanskap menarik yang terhasil.

"Rasa tenang melihat suasana buah anggur yang bergantungan selain dapat menikmati buahnya yang dipetik di halaman rumah sendiri," ujarnya.

 
Baru ni ge Kuala Trengganu...tak sempatla nak berhenti beli anggur baby..jalan naik, turun jambatan baru bukan main jem lagi. Penuh orang dari luar datang trengganu. Datang nak makan ICT, sutung pok nong, pasar payang....
 
nampak mcm var. jupiter ngan iac...... mmg mahal lagi anak pokok skrg.. range 100-150 sepokok... kalu variety biasa atau sbg hiasan ..var.. isabella... yg ni lasak..n anak pokok murah jaa dlm RM10-20 sepokok.
 
sama ke rasa mcm anggur biasa.
anggur ni byk jenis... tp kalu ikut yg dah kawe try.. variant jupiter... mmg manis n seedless... tp yg bangsawan .. shine muscat kot kalu tak silap..
x try lagi.... rega tak silap RM60/kg huhuh..
 
Back
Top
Log in Register