balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Ketua Penyelia Jururawat Hospital Port Dickson, Khamisah A Ghani (kiri) memberi penerangan mengenai rawatan kepada isteri Mohd Zayid, Rina Ismail, 26, semalam.
< 1 / 1 >
PORT DICKSON – Seorang anggota polis cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah motosikal dan sebuah kereta di Kilometer 5.5 Jalan Pantai, kira-kira 6.55 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah, Superitendan Abd Wahab Harun berkata, Konstabel Mohd Zayid Zainal Abidin, 27, patah peha kanan dan terdapat kesan luka pada muka dan anggota badan.
“Siasatan awal mendapati, pemandu kereta yang berada di lorong kiri jalan secara tiba-tiba memusing ke kanan untuk membuat pusingan U menghala ke Telok Kemang di persimpangan Masjid Bagan Pinang lalu merempuh motosikal yang ditunggang mangsa,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/anggota-polis-parah-kemalangan-1.196633