BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Anggota polis cedera, orang awam bertindak provokasi

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201



Anggota polis cedera, orang awam bertindak provokasi


Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Mazlan Mamat berkata, kejadian berlaku ketika sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai menjalankan operasi pemantauan serta kawalan keselamatan di sekitar kawasan pentadbiran daerah berkenaan.

Menurut beliau, operasi yang bermula pada jam 10 malam, Jumaat itu melibatkan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik serta Balai Polis Kuala Krai.

"Pada jam 12 tengah malam, pihak polis telah membuat hebahan melalui kenderaan peronda polis (MPV) dan mengarahkan orang ramai supaya beredar serta menghentikan aktiviti pembakaran mercun terlarang.

"Bagaimanapun, terdapat segelintir individu yang masih berdegil dan berkumpul di sepanjang jalan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mazlan memberitahu, sekitar jam 2 pagi Sabtu, pihaknya mengesan beberapa penunggang motosikal dan pemandu kereta berlumba di antara lampu isyarat Batu Balai dan Guchil.

Ujarnya, terdapat juga penunggang motosikal yang menunggang secara berbahaya sebelum seorang daripadanya terjatuh selepas melanggar motosikal lain ketika cuba mengelak daripada pemeriksaan polis di Dataran Guchil.

"Seorang anggota polis cuba menahan individu terbabit, namun berlaku pergelutan sehingga menyebabkan anggota berkenaan mengalami kecederaan.

"Sejurus itu, sekumpulan orang awam berkumpul dan mengganggu tugas polis, malah terdapat individu yang bertindak melakukan provokasi serta mengeluarkan kata-kata ancaman," katanya.


Ujarnya, kejadian itu turut dirakam orang awam dan tular di media sosial dengan pelbagai versi rakaman.

"Operasi berakhir pada jam 6 pagi dengan tiga buah kereta dan tiga motosikal disita, selain 34 saman dikeluarkan serta dua individu ditahan.

"Pihak polis kini giat mengesan beberapa kenderaan dan individu yang terlibat tetapi berjaya melarikan diri," katanya.

Tambah beliau, satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, Mazlan menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan sebarang provokasi serta menyambut perayaan dalam suasana harmoni tanpa menjejaskan ketenteraman awam.

"Orang ramai juga diminta tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis.

"Kita juga menggalakkan masyarakat menyertai Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi memudahkan penyaluran maklumat secara cepat dan berkesan," katanya.
 
Back
Top
Log in Register