BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,331.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anggota polis cedera dihempap pokok

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,277
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,277
Reaction score
1,665
Points
201
Anggota polis cedera dihempap pokok
FB_IMG_1678281634885.jpg


PUTRAJAYA: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal cedera ditimpa dahan pokok ketika menunggang motosikal menuju ke tempat kerjanya, pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 8.10 pagi di Jalan Presint 7D itu, mangsa dikenali sebagai Mazlan Mohd Emran, 27, mengalami cedera ringan di tangan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, mangsa kini sedang dirawat di Hospital Putrajaya.

Beliau berkata, siasatan mendapati, mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya sebelum terbabit kemalangan itu.

“Siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal di lorong paling kiri sebelum dihempap sebatang pokok reput yang dipercayai berada di lorong kiri jalan.

“Ketika kejadian, permukaan jalan rata dan kering serta mempunyai empat lorong jalan sehala,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.- UTUSAN
 
Back
Top
Log in Register