BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anggota Penjara Disyaki Terima Rasuah RM3,000 Direman Enam Hari

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Anggota Penjara Disyaki Terima Rasuah RM3,000 Direman Enam Hari​

18a6c8c6977d94a25abd795f03b3c02e6a143fbca9940

-- Gambar hiasan

Seorang anggota penjara direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 sebagai dorongan untuk membawa masuk artikel larangan ke dalam sebuah penjara di negeri ini.

Perintah reman sehingga 10 Ogos terhadap suspek lelaki berusia lingkungan 20-an itu dikeluarkan Majistret Uthman Abd Ghani selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini pagi tadi.

Menurut sumber, suspek ditahan kira-kira 11.50 pagi semalam di rumahnya di Sungai Petani, Kedah, dengan siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan itu pada Mac lepas ketika bertugas di sebuah penjara di Melaka.

"Suspek disyaki menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM3,000 melalui transaksi pemindahan wang ke akaun e-dompet (e-wallet) miliknya sebagai balasan membawa masuk artikel larangan ke dalam penjara," katanya.

Pengarah SPRM Melaka Datuk Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

 
sebulan punya gaji....boleh dapat dalam 5 minit...
 
Back
Top
Log in Register