BTC USD 61,989.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anda sanggup 'bela' nasib 30 kucing ini?

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


KUALA LUMPUR - Nampaknya seorang artis teater, Nicole Ann Thomas tiada pilihan melainkan 'mendermakan' kesemua 30 ekor kucing berbaki sebelum Isnin ini.

Jika tidak, dia bakal berhadapan dengan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang memberi amaran akan merampas kesemua haiwan kesayangannya itu.

Dia sebelum ini memelihara 49 kucing yang terbiar. Kini tinggal 30 lagi yang memerlukan tempat berteduh.

Satu persoalan yang bermain di kepala Ann Thomas sekarang ialah tentang masa depan kucing-kucing itu jika dibawa keluar oleh pihak berkuasa dari rumahnya di Taman Tun Dr Ismail di sini.

Hati wanitanya mulai tersentuh sambil berdetik, “bagaimanakah nasib kucing-kucing ini jika mereka dirampas daripada jagaan saya?"

"Adakah mereka akan selamat atau adakah mereka akan dibiarkan untuk terus hidup. Adakah orang di luar sana sudi membantu saya menyelamatkan dan memberikan perlindungan kepada kucing-kucing ini?” katanya.

Sambil berbual dengan wartawan Sinar Harian Online, dia tersandar pada sofa hijau lusuh di rumahnya sambil memejamkan mata. Tiba-tiba, kucing kesayangannya, Jacky yang telah tiga tahun dipeliharanya melompat ke atas ribanya sambil menggeselkan wajahnya di pipi Ann Thomas. Jacky seolah-olah memahami kerusuhan jiwa tuannya dan datang untuk menenangkannya.

Dia kembali terharu dan hampir mengalirkan air matanya kerana tidak dapat membayangkan jika berpisah dengan Jacky.

Di rumah yang telah lebih lima tahun didiami Ann Thomas bersama suami dan adiknya itu, turut tumpang berlindung ialah kucing-kucing jalanan lain yang ditemui merayau, dilanggar, dibuang ataupun terbiar.

Ann Thomas merungkai bagaimana dia sanggup bersusah payah menyelamatkan kucing-kucing jalanan yang mungkin bagi sesetengah orang tidak mempunyai nilai ataupun hanya menyusahkan jika dipelihara.

Dia yang menjadi Sukarelawan Penyelamat Haiwan Jalanan sejak lima tahun lalu menambah:

"Pada mulanya, saya hanya sekadar membantu rakan yang merupakan kumpulan sukarelawan memberi tumpang di rumahnya kucing-kucing yang dilanggar kenderaan ataupun dibuang.

"Hati saya benar-benar hiba melihat haiwan ini yang tidak bermaya itu dan mulai saat itu, saya bertekad akan membantu sehabis daya saya bagi membantu mereka.

“Saya tidak boleh balik ke rumah dan tidur dengan nyenyak jika saya pulang tanpa membantu kucing jalanan yang sakit di tepi jalan. Saya tidak sanggup... walau apa pun, saya tetap akan membawa pulang dan merawatnya,” katanya.

Isnin lalu, DBKL hadir di rumahnya dan memberi notis terakhir supaya Ann Thomas menyerahkan kucing-kucing itu kepada orang lain atau pihaknya akan merampas haiwan-haiwan berkenaan.

Luluh hatinya mengenangkan amaran yang diterimanya.

Ann Thomas terkedu sebentar kerana ada segelintir manusia yang tidak memahami niat murninya.

“Mungkin ada jiran yang kurang senang dengan keadaan rumah saya yang banyak kucing ini dan mereka mengadu kucing-kucing ini berkeliaran di luar kawasan rumah.

"Sedangkan hanya beberapa ekor sahaja yang saya tidak kurung kerana sudah biasa dengan keadaan itu, selebihnya saya tempatkan di dalam rumah dan dalam sangkar.

“Apa yang saya lakukan sejak lima tahun ini adalah kerana rasa kemanusiaan saya terhadap haiwan yang terbiar, tidak lebih dari itu. Mungkin ada yang tidak faham... tidak mengapalah. Jika saya mempunyai banyak wang, sudah lama saya akan membuka sendiri pusat jagaan untuk memberi perlindungan kepada haiwan-haiwan ini,” katanya.

Dia membelanjakan sebanyak RM3,000 untuk membeli makanan dan ubat-ubatan bagi kucing-kucing peliharaannya.

"Jika mengharap kepada gaji saya sahaja memang tidak mencukupi, tetapi mujur ada suami yang memahami turut membantu saya untuk membeli keperluan haiwan ini," katanya.

Ketika ditanya mengenai tempoh amaran yang diberikan DBKL makin tamat, Ann Thomas berharap jika ada orang ramai yang ingin mengambil kucing-kucingnya boleh segera menghubunginya.

Sehingga Rabu lalu, sebanyak 15 ekor kucing telah berjaya mendapat tuan baru manakala empat yang lain telah diserahkan kepada Pusat Jagaan Kucing di Kepong manakala baki 30 ekor lagi sedang menanti 'simpati' orang.

Sehubungan itu, beliau mempelawa kepada mereka yang berminat membantunya untuk menghubunginya di talian 012-3211174.

sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/anda-sanggup-bela-nasib-30-kucing-ini-1.21879
 
Last edited:
kenapalah aku ni tak suka kucing... mungkin sebab aku ada resdung kot.....
 
ak suka kucing.. tp kawasan ak tk leh bela kucing..
 
jika aku banyak wang , aku sanggup ambil semuanya tu..
sekarang aku dah ada 6 ekor , kucing kakak aku 4 ekor , aku juga yang bagi makan , seminggu ada 3 kilo ikan juga kena beli , nasi ? aku terpaksa beli beras yg murah2 juer , asyik duk makan beras keluarga, mak aku bising jugak....
dan aku dah mula nak mandulkan kucing aku dari beranak lagi , sebelum mak aku mula buang kucing2 aku tu...

aku faham perasaan orang yg sayangkan kucing , tiap2 pagi aku tak sanggup pergi kerja tanpa bagi makan kat kucing aku tu , siapa yg nak pedulikan mereka selain aku huhuhuhuhuh...

... sesi luahan perasaan la pulak aku nyer :D
 
alahai..siannye kucing n tuan kucing tu..den da ado 13ekor...blom mampu laie nk tambah..:(:(:(
 
manusia lebih prihatin kat nasib kucing dr nasib manusia lain yg lebih memerlukan.

hati wanita lebih tersentuh bila melihat kucing yg comot dan terbiar dr melihat kanak2 yg comot dan terbiar tanpa makanan.

peace....
 
niat murni seorang wanita
mmg binatang tu haiwan peliharaan dan kesayangan Saidina Abu Hurairah
sangat murni niat dia.. jangan lupa tu!!
 
sapela yg ngadu tu..klo dh mmg xsuke kucing xbole ckp ape

ak pn mrh gf sdri sbb bela byk2..sekor dua okla..tkot jdmcm ni..jiran bising..sbb ape pn tu tggjwb kita..bkn salah org tu xsuke kucing..tp xble blah ble ak bwk kucing g operation aritu ad gk yg sindir wtpela layan kucing smpi cmtu skli..pulak..nth majoriti jiran2 ak xsuke kucing
 
kesian kucing tu.kt rmh aku ada 3 ekor..di jaga dgn baik.
 
Back
Top
Log in Register