BTC USD 60,690.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ancaman IS: ATM pantau Facebook

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

TELOK KEMANG 24 Ogos - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengambil langkah proaktif termasuk memantau laman sosial Facebook anggotanya bagi mengenal pasti serta mengekang penglibatan mereka dalam kumpulan militan Negara Islam (IS).

Panglimanya, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, pihaknya memandang serius kegiatan kumpulan itu termasuk ideologinya yang menganggap pembunuhan sebagai jihad.

“Kita sedar kerajaan mengambil berat mengenai perkara ini (IS). Setiap warganegara Malaysia terdedah kepada ancaman kumpulan ini. Apa yang kita lakukan adalah memantau penggunaan internet termasuk laman Facebook (warga ATM),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas merasmikan penutup Eksesais Keris Aman Capstone 2015 di Kolej Tentera Darat, Si Rusa di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan, lima anggota ATM termasuk empat anggota Tentera Darat ditahan pasukan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman selepas disyaki terlibat dengan kegiatan IS.

Penahanan mereka dilakukan menerusi beberapa siri serbuan di Kuala Lumpur dan lima negeri pada minggu lalu.

Dengan penahanan terbaharu itu, jumlah anggota ATM yang ditahan polis berkaitan IS setakat ini ialah seramai 11 orang.

Mengulas lanjut, Zulkifeli memberitahu, penerangan dan pemahaman mengenai ancaman IS akan dilakukan di peringkat awal bagi menghalang gerakan itu menular dalam kalangan warga ATM.

“(Pendedahan) ini adalah untuk memperkukuhkan jiwa (spiritual) mereka. Bagaimana ia dikatakan jihad sekiranya IS membunuh sesama Islam. Jadi kita beri penerangan untuk memantapkan jiwa mereka,” kata beliau.

Mengulas mengenai program berkenaan, Eksesais Keris Aman Capstone 2015 yang diadakan di Port Dickson merupakan kerjasama di antara ATM dan United States Pasific Command (USPACOM) di bawah program Global Peace Operations Initiative (GPOI), Amerika Syarikat.

Kata Zulkifeli, seramai 1,026 peserta daripada 29 buah negara menyertai program itu yang diadakan selama 14 hari dengan Malaysia bertindak sebagai tuan rumah pada tahun ini.

Antara objektifnya adalah untuk meningkatkan keupayaan operasi pengaman negara-negara yang terlibat seluruh dunia sekaligus meningkatkan kemahiran peserta yang akan menyertai operasi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).



Source: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ancaman-is-atm-pantau-facebook-1.128295
 
Back
Top
Log in Register