BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak polis ditahan

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR: Seorang remaja berusia 18 tahun yang juga anak seorang anggota polis ditahan bersama tiga rakannya berikutan disyaki terbabit dengan kejadian serang dan bakar dua surau di Muar, Johor, awal pagi Khamis lalu.

KUALA LUMPUR: Seorang remaja berusia 18 tahun yang juga anak seorang anggota polis ditahan bersama tiga rakannya berikutan disyaki terbabit dengan kejadian serang dan bakar dua surau di Muar, Johor, awal pagi Khamis lalu.


Suspek yang menganggur dan sekadar membantu ibunya di gerai makan ditahan polis dalam tempoh 24 jam selepas dua surau di Jalan Ismail dan di Jalan Salleh, Kampung Parit Beting, Muar menjadi sasaran individu yang cuba membakarnya menggunakan minyak tanah.


Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata remaja itu ditahan bersama seorang lagi remaja berusia 16 tahun yang tidak lagi bersekolah.


Menurutnya, dua lagi lelaki berusia 20-an ditahan antara awal pagi hingga petang kelmarin selepas polis menjalankan siasatan terperinci berhubung kes terbabit.


“Siasatan awal mendapati remaja berusia 18 tahun itu kebetulan anak anggota polis berpangkat Lans Koperal. Setakat ini polis menganggap ia satu kejayaan dalam menyelesaikan kes serius itu yang boleh mencetuskan ketegangan kepada keselamatan negara,” katanya pada sidang akhbar khas di Bukit Aman, di sini, pagi semalam.


Beliau berkata, polis Johor masih menahan semua suspek untuk diambil keterangan.


“Keterangan kukuh akan diambil bagi membolehkan pendakwaan dilakukan secepat mungkin. Apapun saya berpuas hati dan berbangga dengan Ketua Polis Johor, Selangor dan Perak kerana menyelesaikan beberapa kes membabitkan cubaan bakar rumah ibadat oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan pantas dan sempurna.


“Pada masa sama, saya memberi amaran kepada semua pihak tidak mengira umur, agama dan latar belakang supaya tidak sesuka hati atau mengikut perasaan cuba mencetuskan suasana kurang selamat dalam negara,” katanya.


Ismail berkata, polis memegang amanah besar untuk memelihara kestabilan dan keharmonian negara, sekali gus tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap individu yang cuba menjejaskan keamanan negara.


“Paling dibimbangi apabila ada blogger atau laman web digunakan untuk menghasut masyarakat supaya bertindak di luar batasan. Oleh itu, saya minta masyarakat menggunakan kebijaksanaan dan kematangan dalam menangani isu ini,” katanya.


Dalam kejayaan berasingan kelmarin, tujuh lelaki ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes cubaan bakar dua gereja dan sekolah di Taiping, Perak, 10 Januari lalu.


Difahamkan, suspek yang berusia antara 17 hingga 29 tahun ditahan dalam empat serbuan berasingan kelmarin. Tiga daripada mereka ditangkap di sebuah rumah di Kamunting manakala empat lagi ditahan di beberapa kawasan berasingan di daerah Taiping, Perak.


Beliau berkata, suspek disiasat mengikut Seksyen 436 dan Seksyen 295 Kanun jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda.


Dalam kejadian itu, dua gereja terbabit iaitu Gereja All Saints di Jalan Taming Sari dan Gereja Katolik St Louis yang terletak bersebelahan Sekolah Menengah Convent Taiping dilempar dengan bom api.


Kedua-dua gereja berkenaan tidak mengalami kerosakan manakala insiden di sekolah itu membabitkan kerosakan kecil apabila cermin kaca pondok pengawal pecah.
 
hmmm...apa nk jadi ngn org muo kampung aku nih..dh la si namawee dulu buat kecoh hina islam ngn melayu...
 
Cuma suspek, belum tentu mereka bersalah...
 
ya ya.. angkut dulu. salah atau tak, kendian citer.
 
Back
Top
Log in Register