BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak muda catat rekod dunia

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_01.1.jpg

NAJIB bersalaman dengan James sambil diperhatikan Ahmad Zahid (kiri) dan Danny (dua dari kanan) sejurus tiba di Pangkalan TUDM Subang semalam.

SUBANG – Rakyat Malaysia, Kapten James Anthony Tan, 21, berjaya memecah rekod dunia sebagai juruterbang termuda mengelilingi dunia secara solo selama 48 hari menggunakan pesawat Cessna P210 Eagle yang diberi nama Semangat Malaysia semalam.

Ketibaannya di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengasas Malaysia Book of Records, Datuk Danny Ooi.

James yang berasal dari Kajang berlepas dari Terminal Subang Skypark di sini pada 28 Mac lalu bagi memenuhi cabaran Misi 1Malaysia Kelilingi Dunia (1RTW).

Pencapaian juruterbang muda negara itu mengelilingi dunia sejauh 20,597 batu nautika (38,146 kilometer) meliputi 20 buah negara dan 30 hentian dicatat dalam Guinness World Records dan Malaysia Book of Records.

Beliau mengatasi rekod kelilingi dunia selama 80 hari yang dipegang juruterbang warga Switzerland, Kapten Carlo Schmid, 22, pada 11 Julai 2012.

Najib dalam ucapannya berharap golongan belia menjadikan James sebagai sumber inspirasi.


sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0515&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
 
baru 21 dah kapten
 
tahniah la..
datuk muda la lepas ni
 
emmm..tahniah la..abah budak ni tiap hari dok canang kat opis yang anak dia nak terbang satu dunia.. dah berjaya pun cipta rekod.. :)
 
hebat..
tp amerika nie nak ke rekod dalam world book of record kalau selain orng putih..
 
Ni respek. Sok kita nak buat ngan apa lak keliling dunia ni?
 
Back
Top
Log in Register