BTC USD 62,662.0 Gold USD 4,292.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak lembu ini suami saya

Yul-Minho

Legendary Member
gem
Messages
15,946
Joined
Jul 23, 2012
Messages
15,946
Reaction score
1,172
Points
201
dia1.jpg_1500551531.jpg


SEORANG wanita berusia 74 tahun di Kratie, Kemboja, percaya anak lembu yang dijaganya sekarang adalah suaminya yang dilahirkan semula selepas meninggal dunia setahun lalu.

Khim Hang berkata, anak lembu yang dilahirkan Mac lalu, berkelakuan seperti suaminya, Tol Khut, yang meninggal dunia lebih setahun lalu.

“Saya percaya anak lembu ini adalah suami saya kerana apa saja dibuatnya sama seperti dilakukan suami ketika dia masih hidup,” katanya.

Kisah itu yang sensasi di media sosial Kemboja menyebabkan ratusan orang datang untuk melihat anak lembu berkenaan.

dia2a.jpg_1500551533.jpg

Anak lembu itu memanjat tangga naik ke atas rumah, diberi makan, dimandikan dan tidur di atas tilam yang digunakan bekas suami Khim Hang. - Foto REUTERS

Anak lembu itu memanjat tangga naik ke atas rumah, diberi makan, dimandikan dan tidur di atas tilam yang sebelum ini digunakan suami wanita berkenaan.

“Saya akan menjaganya sepanjang hidup saya,” kata Khim Hang.

Sebanyak 95 peratus penduduk Kemboja adalah penganut Buddha dan ramai percaya seseorang yang mati akan dilahirkan semula.

Seorang pengunjung, Thach Vin, 32, berkata dia berasa pelik menonton video anak lembu itu menaiki tangga masuk ke dalam rumah yang disiarkan di Facebook.

“Jadi saya datang untuk melihat sendiri,” katanya.

https://www.hmetro.com.my/global/2017/07/246302/anak-lembu-ini-suami-saya
 
yg umah sblh anak biawak... sini suami lembu pulak... elok la dorg ni diletakkan ke sebuah negara yg penuh dgn manusia2 pelik dan ilang akal..
 
“Saya percaya anak lembu ini adalah suami saya kerana apa saja dibuatnya sama seperti dilakukan suami ketika dia masih hidup,” katanya.

Elok la ko suruh dia mandi sendiri. Lap badan sendiri. Ko bersama dengan dia setiap malam.. Tengok cemana... Hahahaha
 
Pada sy pula, anak lembu dilahir'n utk m'besar seterusnya dijd'n hidangan lauk pauk lazat utk sy mkn.
 
kan berak atas tilam tu baru padan muka.
 
Sebelah biawak, sebelah lagi lembu...awatla dok merapu mcm ni...
 
dia2a.jpg_1500551533.jpg



sempoi tangga rumah makcik..........

lembu kat malaysia pun power gak. duk kondo :))
 
klo lahir semula jd tikus. bkn lembu
 
Back
Top
Log in Register