BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak Hilang Kaki Ketika Cari Rezeki, Ibu Rayu Pelaku Langgar Lari Bertanggungjawab

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146
0ec5e6306463cee0a4729e5b1fe5a3d969e83d27d029b

e0f2372091c4df2118ac60bcc351035269e83d2f815aa

b1f3de8962f00a7cbedda33b505cb9ae69e83d37ceff3


Luluh hati melihat anak lelaki tunggalnya diuji dengan kehilangan kaki kiri akibat kejadian langgar lari, seorang ibu merayu kepada pemandu kenderaan yang terlibat dalam kejadian yang berlaku pada hujung Mac lepas untuk tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan.

Afidah Suhaili, 68, berkata keluarganya tidak berniat untuk berdendam, sebaliknya hanya berharap individu berkenaan bertanggungjawab atas kejadian yang menimpa anaknya, Putra Aqmal Syukrie Sabli, 24.

“Ada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari rumah berdekatan dengan tempat kejadian … pelaku kelihatan turun dari kereta, kemudian dia terus memandu dan pergi begitu sahaja. Nombor plat kereta tidak dapat dikenal pasti sebab tak jelas.

“Kami bukan mahu berdendam, cuma berharap dia tampil dan bertanggungjawab supaya perkara ini dapat diselesaikan dengan baik,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Jalan Bako, baru-baru ini.

Beliau turut menyeru mana-mana individu yang mempunyai rakaman CCTV atau kamera papan pemuka (dashcam) berkaitan kejadian itu supaya tampil membantu siasatan polis.

Afidah berkata sebagai ibu, kejadian itu memberikan kesan mendalam kepada keluarga apabila kehidupan usia muda anak bongsunya seolah-olah telah dirampas berikutan kemalangan yang berlaku pada 30 Mac itu.

Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam, Putra Aqmal yang bekerja sebagai penghantar makanan sedang menghantar pesanan dari Jalan Song ke Stutong, dekat sini, sebelum sebuah kenderaan dipercayai jenis Toyota Avanza tiba-tiba membelok masuk ke simpang kanan jalan.

Menurut Putra Aqmal, dia cuba mengelak kenderaan tersebut, namun bahagian kaki kirinya telah bergesel dengan sisi kereta berkenaan sebelum terjatuh di atas jalan raya.

“Saya menjerit meminta tolong dan masih dalam keadaan sedar ketika itu … saya menunggu kira-kira sejam sebelum ambulans tiba,” katanya dan menambah pada hari kejadian, dia baru sahaja kembali bekerja semula selepas bercuti Aidilfitri.

 
Back
Top
Log in Register