BTC USD 85,908.5 Gold USD 4,321.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak demam selepas vaksin, tahniah

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Anak demam selepas vaksin, tahniah

Yusman AwangFebruary 13, 2024

Kebarangkalian untuk demam berlaku selepas vaksin mengikut pada jenis vaksin yang diberikan. (FOTO HIASAN)
KUALA LUMPUR: Anak mengalami demam selepas vaksin menunjukkan sistem imuniti badan anak berfungsi dengan sangat baik.

Pakar Kanak-kanak, Dr Lim Wee Yi berkata, vaksin yang diberikan mengandungi unsur-unsur kuman yang dilindungi.

“Unsur-unsur ini tidak menyebabkan penyakit pada kita tetapi akan mengaktifkan sistem imuniti untuk menghasilkan antibodi yang berkekalan terhadap kuman tersebut.



“Petanda keradangan badan akan bertambah dan demam (serta) bengkak dan kemerahan pada tempat suntikan akan berlaku pada sesetengah kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kebarangkalian untuk demam berlaku selepas vaksin mengikut pada jenis vaksin yang diberikan biasa antara dua peratus (vaksin hepatitis B) sehinggalah setinggi 10 hingga 20 peratus (vaksin pneumokokal) dalam 24 hingga 48 jam pertama, kecuali vaksin MMR – campak, beguk, rubella.

Katanya lagi, demam selepas vaksin MMR pula berlainan dan hanya berlaku selepas satu minggu.

Walau bagaimanapun, tambah beliau, demam yang berlarutan lebih 48 jam perlu diperiksa oleh doktor ataupun pakar kanak-kanak.

“(Perkara ini terjadi) mungkin disebabkan oleh jangkitan yang lain terutamanya anak tidak aktif, kurang selera makan dan letih.

“Justeru, demam selepas vaksin adalah kesan sampingan yang sangat ringan dan biasanya tidak akan menyebabkan masalah yang besar untuk anak,” katanya. – HARAKAHDAILY 13/2/2024
 
Back
Top
Log in Register