BTC USD 82,468.8 Gold USD 4,171.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amuk tidak dilayan

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR: Akibat tidak puas hati dengan layanan diterima di sebuah gerai, dua lelaki mengamuk dengan memecah pinggan dan gelas milik peniaga terbabit sebaik diminta membayar makanan yang sudah dipesan.

Malah, peniaga gerai berusia 27 tahun itu terpaksa lari menyelamatkan diri apabila kedua-dua lelaki terbabit cuba membelasahnya.

Pelanggan lain yang berada di gerai berkenaan turut terkena tempias amukan itu apabila mereka juga dimarahi sebelum dihalau kedua-dua lelaki itu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi kelmarin di sebuah gerai di Taman Kok Lian, Batu 5, Jalan Ipoh di sini.

Menurut sumber, kedua-dua lelaki yang singgah untuk menikmati hidangan di gerai itu didakwa enggan membayar minuman dan makanan apabila diminta berbuat demikian, sebaliknya mula membuat kecoh.

“Kedua-dua mereka dikatakan bertindak memecahkan pinggan di atas meja selain memaki hamun mangsa yang tidak melayan mereka terlebih dulu,” katanya di sini, semalam.

Sumber itu berkata, selain memecahkan pinggan, kedua-dua lelaki yang ‘naik angin’ itu turut menghalau pelanggan lain yang sedang makan di situ.

“Mangsa mendakwa kedua-dua lelaki itu turut bertindak mahu membelasahnya, namun mangsa berjaya melarikan diri.

“Seorang daripada lelaki itu dikatakan turut mengugut mangsa supaya tidak membuka gerainya lagi jika enggan perkara buruk berlaku terhadapnya dan keluarga,” katanya.

Mangsa yang khuatir dengan ugutan itu membuat laporan polis.
 
Ceh.. tak byr g basuh pinggan la. nak pecah pinggan watpe..:(scam


Aritu tertipu "amuk" nak kawin lagi.. Arini "Amuk" tidak dilayan..:((
 
tak nak bayar la tuh...cm diorang je nk mengamuk...orang lain PUN MARAH!!
 
Aku pnah tengok gak kejadian hampir same tapi owang tu baling kotak tisu...rupe2nye owang giler...hek2
 
Ceh.. tak byr g basuh pinggan la. nak pecah pinggan watpe..:(scam


Aritu tertipu "amuk" nak kawin lagi.. Arini "Amuk" tidak dilayan..:((

Esok aku nak Amuk kalau tak ada berita Amuk...boleh? :))
 
dah habis mkn baru nak mengamuk..taktik nak mkn free la tu
 
Back
Top
Log in Register