eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
SUNGAI PETANI: Sepasang suami isteri menempuh detik paling menakutkan apabila sekumpulan 25 lelaki mengamuk dan menyerang mereka di rumah kedai milik pasangan itu di Taman Ria Jaya di sini, malam kelmarin.
Kumpulan itu bukan saja mencederakan pasangan suami isteri dan seorang rakan mereka, tetapi turut membakar kereta dan motosikal diletakkan di depan rumah kedai berkenaan.
Ketika kejadian kira-kira jam 8.30 malam, pasangan berusia 40-an itu berbual dengan seorang rakan mereka apabila kumpulan berkenaan yang bersenjata tajam dan kayu menyerang mereka.
Difahamkan, kumpulan itu menaiki 16 motosikal dan berhenti di depan rumah kedai milik mangsa.
Jurucakap polis berkata, sebahagian daripada lelaki itu menyerang pasangan itu serta rakan mereka di dalam rumah yang dijadikan kedai runcit serta merosakkan semua barangan di dalamnya.
“Sebahagian daripada anggota kumpulan itu membakar sebuah kereta dan tiga motosikal di hadapan kedai itu, tetapi melarikan diri selepas dikepung sekumpulan penduduk yang berang dengan tindakan itu,” katanya.
Jurucakap polis itu berkata, lelaki yang juga pemilik kedai cedera agak parah di kepala dan tangan kiri akibat ditetak ketika cuba mempertahankan dirinya daripada diserang dan dikejarkan ke sebuah hospital swasta oleh jirannya.
“Isteri dan rakannya yang turut cedera di tangan kiri dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) oleh ambulans,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, kumpulan penyerang berkenaan yang masih tidak berpuas hati mengekori kenderaan yang membawa mangsa ke hospital swasta dan cuba menyerang sekali lagi, tetapi melarikan diri selepas menyedari kehadiran polis.
“Polis menahan 10 daripada 25 lelaki terbabit awal pagi tadi (semalam),” katanya.
Pada masa ini, punca kejadian dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan samseng.