BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amira tidak kahwin lain

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
ne_01.1.jpg

MOHAMAD menunjukkan muka depan akhbar Kosmo! keluaran kelmarin mengenai laporan pernikahan anaknya di Alor Setar semalam. Gambar kecil keratan Kosmo! 17 Oktober​

ALOR SETAR - "Saya bergurau Amira hendak menikah dengan Manaf.''

Itulah pengakuan yang dibuat oleh bapa Amira, Mohamad Hussin, 51, ketika menceritakan kes anaknya yang juga isteri seorang peniaga di Sungai Petani, Kedah yang didakwa dipaksa berkahwin dengan lelaki lain di Bentong, Pahang pada minggu lalu.

Malah, tegasnya, pernikahan anaknya dengan Manaf, 38, di Felda Lurah Bilut, Bentong sebenarnya tidak berlaku.

Sebaliknya, Mohamad mengakui yang dia bersama isteri dan Amira pergi ke rumah Imam Satu Masjid Al-Falahi, Salim Ali, 79, sebagai kunjungan biasa yang juga merupakan keluarga angkatnya.

Selain itu, katanya, kunjungan mereka ke situ bertujuan untuk mengubat kecelaruan fikiran Amira yang tidak stabil selain sudah lama tidak berjumpa dengan imam tersebut.

"Cerita Amira berkahwin mungkin timbul kerana saya bergurau dengan imam itu untuk menikahkan Amira dengan Manaf.

"Mungkin Amira mendengarnya dan terus maklumkan perkara itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada suaminya," ceritanya di pejabat Kosmo! di sini semalam.

Tambahnya, dia meminta bantuan Manaf untuk memandu kereta ke Bentong kerana perjalanannya yang jauh. Manaf juga adalah rakan baik kepada abang Amira.

Mohamad memberitahu, ketika berada di tanah rancangan itu, dia bertembung dengan anak tiri imam berkenaan yang datang ke situ untuk urusan membeli lembu untuk dibuatkan korban dan tidak ada kaitan langsung dengan urusan pernikahan Amira.
 
brbelit2 citer , mana 1 ntah yg btul
 
akhbar tabloid .. nk percaya bt ape..hehe
 
x baca kosmo...x tahu pape...
 
Back
Top
Log in Register