BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aminuddin mohon maaf langgar lampu isyarat merah ketika urusan rasmi

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
378081-378081.jpg


Negara
Aminuddin mohon maaf langgar lampu isyarat merah ketika urusan rasmi


SEREMBAN – Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun memohon maaf berhubung tindakannya melanggar lampu isyarat merah ketika dalam perjalanan menghadiri urusan rasmi, susulan video kejadian itu yang tular baru-baru ini.

Beliau menjelaskan, tindakan tersebut dibuat atas faktor keperluan mendesak bagi memastikan jadual program rasmi dapat dipenuhi.

“Saya dalam urusan kerja rasmi dan terpaksa berbuat demikian. Dalam kenderaan tersebut turut ada pegawai polis. Saya menggunakan isyarat yang mencukupi serta memastikan keadaan selamat sebelum meneruskan perjalanan kerana perlu segera tiba di lokasi.

“Jika lewat, jadual program mungkin terpaksa dipendekkan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab mengenai video viral baru-baru ini yang memaparkan sebuah kenderaan melanggar lampu isyarat dan membunyikan siren ketika dalam kesesakan berdekatan Hospital Tuanku Ja’afar Seremban.

Menurutnya, perkara itu juga telah dimaklumkan kepada pihak keselamatan melalui surat rasmi bagi membolehkan laluan diberikan, sekali gus menegaskan tindakan tersebut bukan dilakukan sewenang-wenangnya.

“Saya mohon maaf jika menimbulkan kekeliruan. Ia bukan dilakukan secara sembarangan dan biasanya kemudahan laluan diberikan kepada ketua negeri bagi urusan rasmi,” ujarnya.

Artikel : Kosmo Online
 
boleh ka sekadar .... "saya memohon maaf kerana melanggar lampu merah dan mohon pihak pdrm hantar saman kepada saya"
 
nak damage control tapi benak...

bukan ke lebih bagus

"saya minta maaf kerana melakukan kesalahan dan akan membayar saman seperti termaktub dalam undang2 berkenaan kesalahan tersebut "
 
Klau pikir nak cepat semua pun org bleh bg alasan same...
Alasan mcm mat rempit, mat rider... 🤣
level MB jawab cam tu , malu kat orang :ROFLMAO:


petang ni nak langgar lampu merah la , alasan takut terlambat bukak puasa...kat mahkamah nanti cakap makruh melewat lewatkan bukak puasa... Nabi tak suka.......
 
Back
Top
Log in Register