BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,504.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amflexi saving plan dari ambank

mrfirdee

Freshie
Messages
33
Joined
Jun 30, 2010
Messages
33
Reaction score
1
Points
11
APAKAH AMFLEXI?
  • AmFlexi merupakan satu pelan pelaburan/Simpanan yang ditawarkan oleh AmBank Group.
  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia / Bukan warganegara yang berumur 1(30 Hari) - 60 Tahun.
  • Wang simpanan/pelaburan anda akan digunakan oleh Ambank untuk pelaburan yang HALAL berlandaskan syariah dan keuntungan yang diperolehi akan diagihkan kepada pelabur-pelabur AmFlexi.
  • Memberikan kaedah terbaik untuk semua merancang kewangan terutama untuk Pelan Persaraan, Pelan Pendidikan dan Pelan Kewangan Syarikat untuk masa hadapan.
a. Pelan Pendidikan (umur 1 - 15 tahun) jenis akaun : akaun bersama; atas nama penjaga dan jagaan
b. Pelan Persaraan (umur 16 - 60 tahun) jenis akaun : akaun persendirian
c. Pelan Syarikat (untuk syarikat2 yang berdaftar dgn SSM) jenis akaun : akaun bersama; atas nama syarikat dan pemilik

Faedah Dan Kelebihan AmFlexi?
    • Konsep utama AmFlexi adalah Menyimpan, Melabur, dan Melindungi. Menawarkan kadar dividen yang tinggi (Lebih dari 11%-20%) setahun, dan merupakan pemberi dividen yang tertinggi berbanding ASB, Public Mutual, Simpanan di Bank-Bank, dan juga pelan-pelan Insuran seperti yang ditawarkan oleh MAA dan AIA.
    • Menawarkan jaminan kewangan bernilai 10 kali ganda nilai premium tahunan, dijamin!!
    • Memerlukan jangkamasa yang pendek (10 Tahun) berbanding pelan pelaburan lain : 10 Tahun pelaburan di AmFlexi = 20 Tahun nilai pelaburan di institusi kewangan lain.
    • Memberi perlindungan untuk hilang upaya dan kematian dan penyakit kritikal
    • Nilai Premium tahunan bermula serendah RM5000.00 sehingga RM1 Juta.
    • Berpeluang menikmati Bonus 4% setahun jika anda membuat simpanan sekali gus untuk 10 tahun (sekurang – kurangnya 3 tahun) ke atas baki berkurangan.
    • Menikmati pelbagai hadiah misteri untuk simpanan melebihi RM 10,000 setahun
    • Memberikan flexibility kepada para pelabur untuk meningkatkan nilai pelaburan pada tahun kedua dan seterusnya untuk keuntungan berganda
    • Perlindungan Insurans sebanyak 10 kali nilai caruman untuk KEMATIAN dan LUMPUH pada pencarum.
    • Simpanan untuk anak(pelan pendidikan) diteruskan oleh pihak AmBank sekiranya berlaku kematian pada penama akaun bersama.
    • Jumlah simpanan / keuntungan tidak akan dibekukan (Insurance Act.) akan diagihkan terus kepada pewaris (Tidak melalui Amanah Raya Berhad (ARB))
    • Pengurangan / perlepasan cukai pendapatan (income tax) peribadi / syarikat (kerana Declaration Under Insurance).
    • Wang Simpanan/dividen boleh dikeluarkan pada bila-bila masa
    • Simpanan boleh diteruskan sehingga 99 tahun walaupun setelah selesai tempoh 10 kali pembayaran atau 10 tahun.

    Untuk maklumat lanjut dan temujanji sila hubungi Firdee di talian 0123433020.

    Hadiah menarik berupa rebat tunai, laptop dan lain-lain menanti sempena kemasukan musim perayaan ini.
 
mak oiii serendah rm5000 setahun...takde rendah lg ke pakej untuk org keje kilang mcm kawan nih?rm5000 tu separuh dr gaji tahunan kawan tu...:P
 
mak oiii serendah rm5000 setahun...takde rendah lg ke pakej untuk org keje kilang mcm kawan nih?rm5000 tu separuh dr gaji tahunan kawan tu...:P

bro ambil je pakej rm100 sebulan amflexi 2.pm sy k
 
Soalan-soalan Lazim Berkenaan Pelan AMFLEXI

1. Adakah Pelan Simpanan ini selamat dari segi undang-undang dan agama?
Ya dan sudah tentu. Pelan ini dijalankan oleh AmBank Group dan wang anda dilaburkan ke tempat yang halal dan di pantau oleh badan perundangan syariah.

2. Mangapa saya perlu menyimpan di dalam Pelan Simpanan AmBank Group ?
Keistimewaan Pelan Simpanan ini adalah kerana wang yang anda simpan itu akan dilaburkan dan diberi perlindungan sepanjang tempoh anda menyimpan. Anda cuma hanya menyimpan 10 tahun tetapi bersamaan anda menyimpan selama 20 tahun. Jadi , ini telah menjimatkan dan tidak membebankan kewangan anda. Jika anda meneruskan penyimpanan anda selepas 10 tahun , maka pulangan anda akan menjadi lebih besar.

3. Adakah saya boleh mengeluarkan wang simpanan saya dalam tempoh 10 tahun itu ?
Ya. Wang yang anda simpan itu boleh dikeluarkan tetapi mesti berbaki RM 1000 , namun di akhir penyimpanan 20 tahun , jumlah pulangan anda akan berkurangan.

4. Perlindungan apakah yang saya boleh perolehi ?
Perlindungan yang diberikan adalah hilang upaya dan khairat kematian tetapi boleh ditambah dengan pelan-pelan perlindungan yang lain dibawah AmAssurance.

5. Bagaimanakah cara atau kaedah untuk saya menyimpan ?
Anda boleh menyimpan untuk sekali gus setahun , 6 bulan sekali , 3 bulan sekali atau bulanan melalui Auto Debit ( Potongan wang dari akaun bank anda ), Potongan Gaji , Kad Kredit dan Cek.

6. Bagaimanakah yang dikatakan saya jimat dan tidak membebankan kewangan malah menguntungkan menerusi Pelan Simpanan ini ?


Contoh , anda menyimpan RM 100 untuk masa depan anak anda melanjutkan pelajaran atau untuk anda sendiri di mana – mana bank lain atau syarikat insurans selama 18 tahun.

Pengiraannya ,
RM 100 x 12 = RM 1200 setahun.
-Jumlah pulangan selepas 18 tahun = RM 1200 x 18 + Dividen = Melebihi RM 20,000 .

Jika anda menyimpan dengan AmFlexi , selepas 18 tahun anda juga memperolehi pulangan sebanyak melebihi RM 20,000
sedangkan anda cuma menyimpan 10 tahun (RM 1200 x 10 + Dividen = melebihi RM 20,000).

Ini adalah kerana wang yang anda simpan itu dilaburkan dan hasilnya diberikan kepada anda sebagai ‘ Premium Holiday ’ ( Anda tak perlu menyimpan lagi ) dari tahun ke – 11 hingga ke – 18 itu.
Bayangkanlah , jika anda menyimpan untuk anak anda berumur 1 tahun , anda sudah berhenti menyimpaan ketika dia berumur 11 tahun ( darjah 5 ). Dari dia berumur 12 hingga 18 tahun , anda tak perlu menyimpan lagi tetapi pulangannya tetap sama seperti anda menyimpan selama 18 tahun malah disertai perlindungan. Inilah situasi yang dikatakan menjimatkan dan tidak membebankan kewangan anda. Begitu juga untuk simpanan anda di masa hadapan. Jimat dan Untung !


7. Sekiranya saya tidak mampu meneruskan penyimpanan untuk suatu ketika, apakah yang akan berlaku pada penyimpanan saya ?
Akaun anda tidak ditamatkan cuma anda perlu menjelaskan bayaran yang tertunggak .

8. Apakah had umur penyimpan untuk menyimpan menerusi Pelan Aflexi ini dan adakah hanya untuk Bumiputera?
Dibuka untuk semua warganegara dan bukan wargenegara Malaysia bermula dari umur 1 tahun hingga 60 tahun sahaja. Bagi umur penyimpan yang kurang dari 16 tahun, dikehendaki menggunakan nama ibubapa.

9. Adakah apa – apa kelebihan yang lebih istimewa jika saya menyimpan ?

** Anda juga akan menikmati Bonus 4 % setahun jika anda menyimpan sekali gus untuk 10 tahun ( sekurang – kurangnya 3 tahun ) ke atas baki berkurangan. Misalan , anda membuat simpanan RM 3000 setahun untuk sekali gus 10 tahun adalah RM 3000 x 10 = RM 30,000.

** Ini bermakna anda tak perlu menyimpan lagi sehingga 20 tahun , Cuma hanya menunggu pulangan. Di samping itu anda menikmati Bonus 4 % setahun iaitu ; Tahun 1 : 4 % x RM 27,000 = RM 1080 , Tahun 2 : 4 % x RM 24,000 = RM 960 dan begitulah seterusnya hingga Tahun ke – 10 atas baki berkurangan
 
benda ni ari tu ade di terangkan oleh sorg agen dekat opis aku. berminat nak masuk. ada few things yang agensi dia bagi if masuk under dia cth :

1) Simpanan yang pertama lebih dari 5K dpt rebet 10% dari agensi n 17% dari AmLife (total rebet 27%). dapat rebet masa dapat polisi.
2) Simpanan lumpsump utk 10 tahun akan dapat compounding bonus 4% mengikut baki berkurang.
3) Pelaburan dilakukan pada 2 jenis dana (equity n bond)
4) Dividen dapat on purata percentage of 2 dana + performance of ambank.

tapi aku nak clearkan diri aku kepada sesape yg sudi terangkan dengan sejelas2nya perbezaan diantara produk amflexi vs amflexi2.
 
Kepada sesiapa yang berada di kawasan lembah klang, melaka dan JB yang ingin mendapatkan keterangan lanjut mengenai produk amcash dan amflexi bolehlah menghubungi saya di 0123433020 (Hairul). untuk mereka yang sign up sebelum 31/8/2010 rebate tunai akan diberikan. Terima Kasih
 
dah baca beberapa kali... tp still tak faham... sape boleh tolong ajarkan? contoh saya simpan 10k... brapa saya dpt? n mcm mana? kira duit dpat saje.. senang...huhu..
 
farhan:nanti aku bukak group kat FB tentang amflexi...simpanan terbaik hasil dari pasif income...:)
 
farhan:nanti aku bukak group kat FB tentang amflexi...simpanan terbaik hasil dari pasif income...:)

ok..bukak jgn tak bukak... yang penting, offer ko lagi menarik dari pegawai2 bank yg lain... wkakaka... invite aku nnt..
 
Back
Top
Log in Register