BTC USD 63,043.1 Gold USD 4,448.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amaran Rodriguez

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Rodriguez mahu pasukan tetap menghormati Tahiti walaupun tidak dibarisi handalan atau pemain bintang.


SEPANYOL tetap perlu berwaspada, meskipun lawan mereka Tahiti diyakini bukanlah tandingan buat juara Piala Dunia 2010 itu.

Penyerang Pedro Rodriguez berkata, walaupun Tahiti datang dari negara dunia ketiga dalam arena bola sepak dan hanya memiliki dua pemain profesional dalam skuad Piala Konfederasi, namun tidak bermakna mereka pasukan lemah.

“Jangan anggap mereka lemah. Dalam perlawanan bola apa saja boleh berlaku dan setiap perlawanan pasti menyukarkan.

“Kita tetap perlu fokus untuk menang dan melepasi kelayakan ke separuh akhir,” katanya.

Walaupun akui pasukan mereka pilihan juara, namun bagi Rodriguez, mereka tetap harus menghormati lawan.

“Meskipun tewas dengan jaringan besar kepada Nigeria, Tahiti memiliki kepantasan yang bisa mengancam pasukan lawan,” katanya.
 
aku harap tahiti dpt cipta sejarah...
 
even kalau tahiti kalah pun diorang dah cipta sejarah.
main corak permainan positif, dapat jaringkan gol dan layak ke brazil ni pun dengan pemain part time.

kalau nak banding dengan negaraku,heheh sambung...


Sayo sambung..

kalau nak banding dengan negaraku...
yang mana sukan bola sepak pakat pi mai pi mai tang tu jugak..

Sapo nak sambung, sambung..:)):))
 
Back
Top
Log in Register