edagangnetwork
Active Member
- Messages
- 2,097
- Joined
- Jun 25, 2008
- Messages
- 2,097
- Reaction score
- 15
- Points
- 25
That is why I love forex....sendiri depo...sendiri trade...sendiri untung...sendiri rugi... no hal...janji tak pakai duit org..
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.

That is why I love forex....sendiri depo...sendiri trade...sendiri untung...sendiri rugi... no hal...janji tak pakai duit org..
Yaaa... SETUJUManaged Forex Account bermaksud menguruskan dana akaun pelabur untuk terlibat ke dalam aktiviti Forex di dalam sesebuah platform Forex. Dana pelabur tidak dikutip oleh penganjur, tetapi ianya dideposit sendiri oleh pelabur ke dalam akaun trading Forex.
Bila kita sebut Managed Forex, tentu ramai yang berebut-rebut dan berminat untuk mengetahui lebih lanjut tantang ini dan kebanyakannya sangat berminat. Ini adalah normal bagi masyarakat Malaysia khususnya golongan orang Melayu yang 'tidak rajin' untuk berniaga dan mencari jalan singkat untuk mendapat 'side income' ataupun 'kaya raya' di sebalik menghadapi keperitan mengharungi kehidupan di dunia serba moden dan taraf hidup semakin meningkat kini.
Disebabkan Managed Forex Account ini secara asasnya melibatkan penglibatan duit, pelabur & forex trader, ia merupakan satu risiko yang amat besar apabila timbulnya pihak yang mengambil kesempatan terhadap perkembangan aktiviti ini di dalam satu kelompok masyarakat. Antara pihak yang timbul yang mula mengambil kesempatan ini semenjak evolusi 'Forex Internet' sejak 4 tahun lepas ialah :-
1) Forex Trader berpengalaman yang sudah merasakan mereka sudah hebat dan pada mereka sudah tiba masanya untuk meraih keuntungan berlipatganda melalui Managed Forex pelabur.
2) Forex Trader newbie (Forex Trader POYO). Kes ini adalah paling popular. Baru belajar forex setahun dua tetapi 'desperate' untuk kaya. Banyak kes telah terjadi dan dilaporkan. Baru-baru ini kami diberitahu bahawa ada pihak 'Supporter' atau 'Introducing Broker' juga dilaporkan menjalankan aktiviti ini. Elakkan dari terjebak dengan pihak 'desperate' yang 'kabur dengan wang' ini.
2) Mana-mana pihak yang ingin mengambil kesempatan untuk menipu pelabur yang tidak tahu apa-apa tentang forex, tetapi mengambil deposit dengan mengatakan wang tersebut dilabur ke dalam Managed Forex. Aktiviti ini sama sekali salah disisi undang-undang, dan berkaitan dengan skim Labu Peram, atau HYIP.
Untuk pengetahuan, TIDAK ADA SATU PUN PROGRAM MANAGED FOREX ACCOUNT (yang mempromosi secara terbuka) yang berjaya sehingga sekarang di Malaysia. Sekiranya ada, pasti akan timbul masalah seperti kes-kes yang lepas.
Mengapa aktiviti Managed Forex ini berisiko tinggi untuk mencemarkan persekitaran Online Forex Trading di Malaysia?
Apabila tidak ada satu program pun yang berjaya, kesannya pasti sesetengah pihak pelabur sudah tentu tidak berpuas hati. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan penglibatan pihak berkuasa seperti polis, Suruhanjaya Sekuriti & Bank Negara Malaysia. Walaupun pada dasarnya tidak ada lagi undang-undang yang jelas berkaitan Trading Forex Online, dan mungkin kita boleh menggunapakai peraturan sedia ada bahawa trading Forex secara individu tidak salah, tetapi secara logiknya peraturan/akta khas untuk ini lambat-laun PASTI akan dilaksanakan ATAU tidak akan disentuh sekiranya tidak ada masalah yang berkaitan dengan KERUGIAN DUIT PELABUR. Dan apabila timbulnya masalah/isu yang berkaitan dengan Managed Forex ini, proses tersebut secara tidak langsung akan bertambah cepat dan akhirnya boleh mendatangkan mudarat kepada persekitaran Online Forex Trading di Malaysia.
Sejak dari dahulu lagi, kami telah memberi amaran KERAS kepada mana-mana pihak yang cuba mempromosi aktiviti ini untuk melindungi pelabur 'tidak bijak' dan pelabur yang tidak tahu apa-apa berkaitan Forex dan risiko Managed Forex supaya TIDAK SEKALI-KALI MEMPROMOSI AKTIVITI INI DI DALAM KOMUNITI KAMI. Sila rujuk SINI
Sekali lagi, ingin ditegaskan di sini, sekiranya kami mengesan promosi seperti ini, topik tersebut akan dipadam dan segala promosi berkaitan akan padam juga di SIGNATURE anda.
CariGold.com sebagai satu medium perbincangan Forex ingin juga menasihatkan kepada mana-mana penganjur yang mempromosi Managed Forex Account supaya berhenti melakukan aktiviti ini demi menjaga persekitaran Online Forex Trading di Malaysia yang semakin berkembang. Sekiranya anda merasakan anda hebat, ambillah risiko meminjam di bank sebalik alternatif mendapatkan pelabur individu. Pinjaman sendiri, nama sendiri, untung sendiri tanggung, rugi pun sendiri tanggung.
Harap Maklum.
saya dah terkene dah..... lambat masuk forum cg ni....



insta ada tawarkan PAMM acc tu....lebih telus

