BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amalan Ladang Hutan Lestari Diperkukuh Menerusi Hari Hidupan Liar

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80
ed780529048987efca5d40e46c5bf8a069e06f103df7f

6a7ea449b22f1fccf442af1e3bb63dfc69e06f5bc5980

Kredit: MIECO Plantation

MIECO Plantation Sdn Bhd terus memperkukuh komitmen terhadap pengurusan ladang hutan lestari melalui penganjuran Program Hari Hidupan Liar yang memberi penekanan kepada kepentingan pemuliharaan biodiversiti.

Menerusi satu kenyataan hari ini syarikat itu memaklumkan program itu bertemakan Plantation Sustainability, Thriving Biodiversity itu dianjurkan dengan kerjasama Jabatan PERHILITAN Gua Musang dan disertai pelbagai agensi termasuk Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, Universiti Teknologi MARA serta Universiti Putra Malaysia.

“Sepanjang program, peserta didedahkan dengan amalan perladangan lestari yang dilaksanakan syarikat, termasuk pemeliharaan kawasan bernilai pemuliharaan tinggi seperti rizab riparian, laluan hidupan liar, kawasan berbatu serta cerun curam.

“Dua spesies tanaman utama dipilih iaitu Kelampayan dan Eucalyptus sebagai sebahagian daripada strategi pembangunan ladang hutan yang mampan,” menurut kenyataan itu.

Turut diadakan pameran replika hidupan liar yang menarik dan efektif sebagai medium pendidikan kepada peserta.

“Program seumpama ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran dalam kalangan peserta, malah mengukuhkan kerjasama antara sektor industri, penyelidikan dan akademik dalam usaha projek pembangunan ladang hutan yang memelihara alam sekitar dan hidupan liar,” menurut kenyataan itu.

 
Back
Top
Log in Register