BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MNRB Salur Hampir RM600,000 Menerusi Program Lestari Cemerlang

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,141
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,141
Reaction score
346
Points
141

MNRB Salur Hampir RM600,000 Menerusi Program Lestari Cemerlang​

8318d64a04a36d2cca271ca4a55ccd846a3b93278b195

078bf40627ac82075a4c48b3895836106a3b936bd4c97

18d8805b2581c4de9687cfa3e11581a96a3b93f154253

7c631bf9bf2d58e7063ce22d395c90756a3b93abe8794

Presiden Interim dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MNRB Holdings Berhad (MNRB), Datuk Rudy Rodzila Che Lamin, menyampaikan ucaptama pada majlis pelancaran Program Lestari Cemerlang MNRB di Sekolah Menengah Kebangsaan Kubor Panjang,

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


MNRB Holdings Berhad (MNRB), sebuah syarikat pegangan pelaburan telah menyalurkan dana berjumlah hampir RM600,000 menerusi Program Lestari Cemerlang MNRB yang memanfaatkan enam sekolah seluruh negara.

Interim Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MNRB Datuk Rudy Rodzila Che Lamin berkata program sekolah angkat itu mula diperkenalkan pada 2011, dan satu daripada inisiatif tanggungjawab korporat syarikat.

Beliau berkata ia memberikan tumpuan kepada peningkatan prestasi akademik, pembangunan sahsiah serta kecemerlangan sekolah, khususnya di kawasan luar bandar.

"Program Lestari Cemerlang MNRB mencerminkan aspirasi kami untuk membantu sekolah dan para pelajar mencapai potensi terbaik mereka melalui pendekatan yang merangkumi aspek akademik dan kokurikulum.

"Kami berharap program ini dapat menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pelajar serta membuka lebih banyak peluang untuk mereka melanjutkan pelajaran dan membina masa depan yang lebih baik,” katanya pada majlis pelancaran program itu di Sekolah Menengah Kebangsaan Kubor Panjang, di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembelajaran) Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Ishak Awang dan turut dihadiri Pengetua SMK Kubor Panjang Mohd Fadzli Abd Aziz serta barisan pengurusan kanan Kumpulan MNRB.

Rudy Rodzila berkata SMK Kubor Panjang ialah sekolah keenam yang dipilih di bawah program itu selepas pelaksanaannya di beberapa sekolah di Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor sebelum ini.

Beliau berkata di bawah program itu warga sekolah menerima manfaat menerusi pelbagai inisiatif akademik, termasuk kelas tambahan untuk pelajar tingkatan lima, kem motivasi, program pembangunan pelajar dan penambahbaikan kemudahan pembelajaran, penajaan jersi pasukan sukan sekolah serta program penghijauan landskap sekolah.

"MNRB turut menaja sebuah bilik pembelajaran yang dikenali sebagai MNRB Smart e-Learning Room, yang dilengkapi dengan televisyen pintar dan kemudahan Internet bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran lebih interaktif dan kondusif sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh pembelajaran digital," katanya.

 
Back
Top
Log in Register