BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amah sewel dera bayi Eja

roBUST

Legendary Member
gem
Messages
12,406
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
KUALA LUMPUR: Malang berganda menimpa artis jelita, Siti Shahrizah Saifuddin, 37, atau Eja, apabila dia bukan hanya dibekalkan pembantu rumah sewel yang gemar mencederakan diri sendiri, malah bayinya yang baru berusia enam bulan turut dicederakan amah terbabit.

Lebih mengharukan, pembantu rumah warga Indonesia terbabit didakwa sering berkelakuan aneh apabila gemar menoreh perabot dan perkakas dalam rumah artis itu menggunakan pisau dipercayai akibat masalah jiwa kronik yang dihadapinya.

Eja berkata, tindakan wanita Indonesia terbabit merosakkan harta bendanya sebelum melarikan diri menyebabkan dia kerugian hampir RM50,000.


Menurutnya, dia memperoleh khidmat pembantu rumah terbabit daripada sebuah agensi pekerja asing selepas menjelaskan bayaran RM6,200.


“Tujuan saya mengambil pembantu rumah terbabit tiga bulan lalu untuk membantu saya menguruskan rumah selain menjaga bayi kami ketika ketiadaan saya dan suami atas urusan kerja.


“Ketika mengambil dia daripada agensi, pelbagai janji ditaburkan kononnya amah yang dibekalkan itu berpengalaman dan mempunyai kemahiran tinggi untuk menjalankan tugas,” katanya ketika ditemui, semalam.


Menurutnya, dia tidak hanya membayar RM6,200 yang disyaratkan pihak agensi, malah turut membayar gaji pendahuluan pembantu rumah itu yang dihantar pulang ke kampung halaman amah berkenaan di Sumatera, Indonesia.


“Rasa curiga mula terdetik di hati saya apabila wanita itu meminta saya memanggilnya sebagai Susie walhal pasport milik amah berkenaan mencatatkan nama Mona.


“Walaupun umur tertera pada pasport terbabit menunjukkan usianya 29 tahun, namun saya yakin maklumat terbabit tidak tepat berikutan raut wajahnya yang terlalu muda,” katanya.


Menurutnya, pembantu rumah terbabit yang berasal dari Medan, turut menimbulkan banyak tanda tanya apabila muka dan tubuhnya dipenuhi calar-balar seperti kesan cakar dan torehan pisau.


“Bila saya bertanya untuk mendapatkan kepastian, dia hanya memberi alasan kononnya ia berpunca akibat kemalangan motosikal.


“Bagaimanapun, saya mula resah apabila pelbagai kejadian misteri mula berlaku satu persatu apabila saya menemui puluhan kesan torehan pisau pada meja makan, kabinet dapur dan peti ais,” katanya.


Amah terbabit yang disoal Eja bagaimanapun berpura-pura tidak tahu menahu punca kerosakan perabot itu.


“Pernah sampai satu peringkat, dia sanggup menjunjung al-Quran dan bersumpah tidak merosakkan perabot itu, bagaimanapun saya tambah pelik apabila satu persatu peralatan elektrik rosak tanpa sebab.


“Malah, pinggan mangkuk mahal hadiah ibu mentua saya turut pecah satu persatu. Lebih membimbangkan saya apabila bayi kami, Nur Eishal, enam bulan, pernah berdarah pada bibir dan luka di tangan tanpa diketahui punca,” katanya.


Eja berkata, selepas tiga bulan bekerja di rumahnya, amah terbabit akhirnya lesap begitu saja apabila dia melarikan diri dengan membawa beg plastik berisi pakaian, dua minggu lalu.


“Saya langsung tidak sedar bila Susie melarikan diri, namun rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kelibatnya keluar melalui pintu rumah.


“Sebelum meninggalkan rumah, dia sempat merosakkan beberapa lagi perkakas rumah termasuk menoreh perabot menggunakan pisau,” katanya yang membuat laporan polis berhubung kehilangan pembantu rumahnya.


Menurut Eja, walaupun pelbagai dugaan dialami sepanjang tinggal bersama amahnya itu, dia tidak pernah memaki-hamun atau meninggi suara jauh sekali untuk memukul wanita berkenaan. “Dari apa yang saya tahu, Susie bukan wanita normal sebaliknya mempunyai penyakit psikologi serius. Dia mempunyai masalah jiwa dan tidak boleh melihat objek atau barang yang cantik atau sempurna.


“Jiwanya yang kacau menyebabkan Susie tidak teragak-agak merosakkan perkakas rumah bagi memuaskan hatinya. Namun, saya amat bernasib baik kerana bayi kami terselamat daripada amukannya,” katanya.


Eja berkata, kebiasaannya majikan di negara ini tertakluk kepada perjanjian mengenai tempoh percubaan selama tiga hingga empat bulan bagi pembantu rumah yang diambil bekerja.


“Bagaimanapun, menjadi trend apabila pembantu rumah terbabit akan melarikan diri sebaik tempoh berkenaan tamat. Yang jelas kerjaya pembantu rumah itu hanya dijadikan ‘batu loncatan’ untuk memasuki negara ini sebelum mereka lesap begitu saja.


“Akibatnya, kami yang mengambil pembantu rumah asing ini teraniaya dan wang ribuan ringgit yang dibayar sebelum ini hangus begitu saja,” katanya.


Menurutnya, berdasarkan maklumat diterima sebelum ini, ramai pembantu rumah yang melarikan diri lebih gemar bekerja sebagai tukang cuci bangunan atau pembantu kedai.


Difahamkan, susulan kejadian itu, Eja membuat dua laporan kepada polis iaitu pertama pada 18 Februari lalu di Balai Polis Mont Kiara dan kali kedua pada jam 11 malam kelmarin.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, mengesahkan pihaknya menerima laporan dibuat pelakon berkenaan dan pihaknya sedang berusaha mengesan pembantu rumah terbabit.


Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek boleh menyalurkannya ke talian 03-2274 0222 atau Rakan Cop 03-2115999.
 
nasib dia x bawa lari anak....dah lah lambat dapat anak...
 
tayah ler amik minah indon nih..bayar 8rts sbln...perangai mcm boghuk
 
amah indon nie mmg cmtu..ske wt hal..
makcik aku pun dh kna byk kali. tp dia kna gk amek amah indon nie..tp skg len cara dh.. klo dia kuo keje or xde kt umah, kwn dia akan amek amah nie or dia akan anto amah g umah kwn dia.. hehehe.. :D
 
akak aku pun baru terkena.. bawak balik umah abang aku ada kenduri.. last2 dapat tau enset kakak ipar aku (bini abg aku) ilang.. masa tu yang ada kat sekitar tu budak2 ngan bibik tu.. balik umah akak aku tanya la dia.. dia kata xambik.. pe lagi akak ipar aku gi jumpa ustaz.. ustaz tu bgtau ciri2 org yang ambik enset tu (akak ipar aku cakap ciri2 tu macam ciri2 bibik)

last2 akak aku balik sekolah tanya lagi bibik tu.. mati2 dia xmengaku.. last tekan punya tekan dia keluarkan hanset yg sama ngan enset akak ipar aku tapi bateri ngan sim xde.. apelagi abang aku masukkan bateri abang aku.. nah.. tengok2 muka abg aku ngan bini dia jadik wallpaper enset tu..

dia tuka statement pulak kata tersalah ambik.. ingatkan yg laki dia bagi.. akak aku call ejen bibik tu.. ejen dia kata bibik tu mmg xde enset pon..akak aku frust terus cakap ngan dia akak aku nak antar dia balik kat agen.. cepat2 dia masuk bilik kemas barang..

abang ipar aku balik cari dia kat bilik xde.. rupanya kat belakang rumah tgh smoking (mana dia dapat rokok pun xtaulah)..

diringkaskan cite byk lagi la brg yang akak aku jumpa ngan bibik tu termasuklah 1 bekas berisi jarum dan kain warna warni (mcm sihir gitu)

igt balik mmg ngeri la.. sib baik dia xbawak lari anak akak aku... xsedar diri punya mangkuk!! :(scam
 
cian..

kalu bby 2 d dera ke ape...

putih mata eja..

jgn pcya sgt ngan agen ni..
 
tayah ler amik minah indon nih..bayar 8rts sbln...perangai mcm boghuk

betui tu..

memang jenis manusia yg tak bule mengenang budi langsung depa nie langsung..

depa tak ingat baper susah depa kat tempat derang..biler datang sini..buat memacam perangai..

cian Eja..


:mad::mad::mad:
 
indon mundur busuk miskin,menyusahkan orang lain.
 
Back
Top
Log in Register