BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Alonso berahsia

irsaffy

CG Top Poster Club
gem
Messages
42,961
Joined
May 13, 2007
Messages
42,961
Reaction score
268
Points
131
Alonso berahsia


2010/02/22


JEREZ: Juara dunia dua kali Fernando Alonso percaya jentera baru Ferrari F10 adalah kereta terbaik pernah dipandunya malah mendedahkan pasukan itu masih menyembunyikan potensi sebenar kereta itu pada sesi ujian di Jerez minggu lalu.
“Sehingga hari ini, inilah kereta terbaik pernah saya pandu,” kata pemandu dari Sepanyol, yang menang gelaran dunia pada 2005 dan 2006 bersama Renault kepada wartawan selepas sesi ujian kedua yang berakhir kelmarin.


“Red Bull, McLaren dan Renault sangat pantas dan menunjukkan segala kekuatan mereka, sementara kami masih menyembunyikan kelebihan kami,” kata Alonso.


“Kami akan membuat analisis dan mengumpul data, tapi kami sangat optimis. Sebagaimana hari ini, jika saya berada dalam pasukan lain saya pasti memandang ke arah Ferrari kerana segala berlaku dengan sangat baik.


“Mungkin Ferrari perlu tingkatkan kelajuan jarak pendek dengan menggunakan minyak yang sedikit pada kenderaan.” Ferrari menamatkan saingan di kedudukan keempat tahun lalu mengambil Alonso menggantikan Kimi Raikonen untuk bergandingan dengan Felipe Massa musim ini.


Ujian terakhir akan berlangsung di Barcelona minggu depan sebelum musim baru bermula di Bahrain pada 14 Mac depan. - Reuters

rahsia alonso akan terbongkar pasni...:eek::eek:
 
...alonso CG bawa Honda Ex5 100 CC.....

...hehehe...
 
alonso cg mana leh bawak keter lumbe.die kan montok.........
 
Back
Top
Log in Register