BTC USD 63,599.2 Gold USD 4,342.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Alonso semakin pulih selepas kemalangan

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
24alon4.transformed.jpg

GAMBAR terkini Alonso di hospital. - Foto Twitter Luis Garcia Abad

BARCELONA: Juara dunia dua kali, Fernando Alonso semakin pulih selepas terbabit dalam kemalangan ketika sesi ujian pra-musim Formula Satu dengan McLaren, kelmarin, kata pasukannya, McLaren yang mendakwa nahas disebabkan "angin kencang".

Pemandu kelahiran Sepanyol berusia 33 tahun itu merempuh dinding litar ketika pusingan ke-20 ujian berkenaan di Litar Catalunya, Barcelona dan diterbangkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Alonso mengalami konkusi tetapi pasukannya berkata, hasil imbasan di kepala menunjukkan juara dunia 2005 dan 2006 itu adalah "normal".

Dia akan terus berada di hospital dan McLaren tidak memberikan butiran lanjut berkaitan kecederaan atau berapa lama pemandu itu perlu berada di situ.

Sehubungan itu, pengurusnya, Luis Garcia Abad memuat naik gambar Alonso sedang tersenyum di atas katil dalam akaun Twitter.

"Dia akan terus di hospital bagi memastikan semuanya dalam keadaan baik. Kesan kemalangan itu agak serius. Kami perlu memastikan semuanya dalam keadaan baik, jadi saya tidak dapat pastikan sama ada sehari, dua atau tiga hari lagi," kata Garcia Abad.

Gambar di Twitter diiringi pesanan: "Masa makan tengah hari! Terima kasih atas sokongan anda!"

"Fernando Alonso semakin sembuh di hospital, dan bersembang dengan keluarga, rakan dan kakitangan hospital," kata pasukan McLaren-Honda dalam kenyataan.

Pasukan itu berkata, analisis menyeluruh dan lengkap terhadap keadaan Alonso perlu dijalankan membabitkan pengimbasan tomografi berkomputer (CT scan) dan imbasan magnetik resonan (MRI) dan keputusan menunjukkan semuanya dalam keadaan normal. - AFP

24alon1.transformed.jpg

PEGAWAI perubatan memasukkan Alonso ke dalam helikopter untuk diterbangkan ke hospital, kelmarin. - Foto EPA

http://www.bharian.com.my/node/36520
 
patutlah senyap.. tak jual keju alonso lg.... produk tanpa alamat
 
Camtu ye rupa alonso.. baru ku tau.. bila balik msia?
 
Cilakok. Ingatkan alonso cg cheese td. Huhu
 
alonso dah pulih, bleh la supply banyak sket kat makcik jual pisang 40kg thread satu lg..
 
tu le alonso..aku dah bagitau...time bawak kete jgn main layang..inilah jadi nye...:eek:
 
ni Alonsonyerr??? patut tak berapa aktif kat CG lani
 
Back
Top
Log in Register