eizjoe
Super Active Member
- Messages
- 6,281
- Joined
- Jan 26, 2009
- Messages
- 6,281
- Reaction score
- 65
- Points
- 80
Kenapa larangan hanya terpakai di malaysia barat sahaja
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.

Kenapa larangan hanya terpakai di malaysia barat sahaja
:-?..analogi yang berbelit..susah juga aku nak faham..skang nih..sapa yang menyampaikan cerita..si kristian tuh ke..atau Younus..atau..si kristian yang menyampaikan cerita tuh bernama Younus..atau Younus itu yang pernah berzina dengan Yam..?
Bukan itu isunya. Kau salah faham ni. Yang aku persoalkan adalah kita yang mengucapkan Kalimah syahadah ni. Dah nafikan yang lain bukan Tuhan dan Hanya Dzat yang bernama Allah adalah Tuhan. Namun masih lagi mengatakan bahawa yang disembah oleh orang kafir tu Tuhan mereka. Soalnya kenapa perlu kita mengatakan itu Tuhan mereka sedangkan ianya adalah patung yang dibuat dari batu?.
Kalau patung katakan sahaja patung, tak perlu kita mengatakan itu Tuhan mereka. Bila kita katakan begitu seolah-olah kita mengatakan ada 2 Tuhan. 1 Tuhan kita dan 1 lagi Tuhan mereka. Secara tak langsung juga dah terjejas akidah kita dengan perkataan.
Seperkara lagi analogi yang kamu buat tak bertepatan sebabnya rujukan kamu kepada manusia yang banyak mempunyai nama yang sama. Allah dengan makhluk tidak sama.(maha suci Allah itu dari sebarang ibarat) Hanya Dia sahaja yang dinamakan dengan Allah. Walau dalam kitab kristian sekalipun.
Dalil yang jelas ada dalam Al -Qur'an:-
![]()
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik). (Luqman 31:25)
Masih ramai umat Islam kita yang tak memahami ayat highlight merah tu
![]()
Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri". (Az-Zumar 39:38)
Salahnya trinity sebab mengatakan Allah beranak dan beristeri. (syirik)
Father = Allah
Son = Jesus
Mother = Mary
Ini bertentangan dengan apa yang terkandung dalam surah Al - Ikhlas.
![]()
"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
(Al-Ikhlaas 112:3)
Wallahu'alam.

Sambungan analogi - Ko ckp kat Kristian tu mungkin hanya sama nama,sebagaimana yg di bold merah tu.Kristian pun
tunjukla gambar si Yam yg dituduh berzina dan ada anak luar nikah.Dan conform mmg gambar isteri ko,Yam.
Dan kau menidakkan bahawa Yam berzina dan ada anak luar nikah.Persoalannya,jatuhkah talak kau kpd Yam
disebabkan kau menafikan bahawa yg dituduh berzina dan melahirkan anak luar nikah adalah isteri kau.
Sila jwb yer.Soalan basic munakahat je ni.![]()
Ini persoalan tauhid. Bukan munakahat. Jangan ubah topik ye. Analogi kau tu tak ada kaitan dengan masalah tauhid.
Soalan basic munakahat pun tak boleh jawab.Sedihnya...![]()