Ko ada isteri.Isteri ko nama Yam.Isteri ko baik dan setia.Tetiba satu hari ada seorg Kristian ckp dia kenal
Yam.Yam yg dia kenal tu berzina dan ada anak luar nikah.Ko pun ckp Yam yg Kristian tu ckp bkn isteri kau.
Lalu Younus pun dtg dan berkata,adakah kau nak ckp kau ada isteri lain selain Yam?Ataupun kau ingin
berkata kau sudah menceraikan Yam?Berhati2 bila berkata2,bimbang jatuh talak nanti,kata Younus kepada kau.
P/S - Sekadar analogi mudah.![]()
Bukan itu isunya. Kau salah faham ni. Yang aku persoalkan adalah kita yang mengucapkan Kalimah syahadah ni. Dah nafikan yang lain bukan Tuhan dan Hanya Dzat yang bernama Allah adalah Tuhan. Namun masih lagi mengatakan bahawa yang disembah oleh orang kafir tu Tuhan mereka. Soalnya kenapa perlu kita mengatakan itu Tuhan mereka sedangkan ianya adalah patung yang dibuat dari batu?.
Kalau patung katakan sahaja patung, tak perlu kita mengatakan itu Tuhan mereka. Bila kita katakan begitu seolah-olah kita mengatakan ada 2 Tuhan. 1 Tuhan kita dan 1 lagi Tuhan mereka. Secara tak langsung juga dah terjejas akidah kita dengan perkataan.
Seperkara lagi analogi yang kamu buat tak bertepatan sebabnya rujukan kamu kepada manusia yang banyak mempunyai nama yang sama. Allah dengan makhluk tidak sama.(maha suci Allah itu dari sebarang ibarat) Hanya Dia sahaja yang dinamakan dengan Allah. Walau dalam kitab kristian sekalipun.
Dalil yang jelas ada dalam Al -Qur'an:-
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik). (Luqman 31:25)
Masih ramai umat Islam kita yang tak memahami ayat highlight merah tu
Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri". (Az-Zumar 39:38)
Salahnya trinity sebab mengatakan Allah beranak dan beristeri. (syirik)
Father = Allah
Son = Jesus
Mother = Mary
Ini bertentangan dengan apa yang terkandung dalam surah Al - Ikhlas.
"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
(Al-Ikhlaas 112:3)
Wallahu'alam.
