BTC USD 63,782.2 Gold USD 4,333.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Allah Is NOT Only For Islam

Kenapa larangan hanya terpakai di malaysia barat sahaja
 
Kenapa larangan hanya terpakai di malaysia barat sahaja

Mudah ajer sbb nak alih kemarahan rakyat ttg kenaikkan barangan .. Semya nih mainan politik umno
 
:-?..analogi yang berbelit..susah juga aku nak faham..skang nih..sapa yang menyampaikan cerita..si kristian tuh ke..atau Younus..atau..si kristian yang menyampaikan cerita tuh bernama Younus..atau Younus itu yang pernah berzina dengan Yam..?

Younus tu penceramah dlm video di 1st page.Sila rujuk 1st page utk memahami analogi. :)
 
Bukan itu isunya. Kau salah faham ni. Yang aku persoalkan adalah kita yang mengucapkan Kalimah syahadah ni. Dah nafikan yang lain bukan Tuhan dan Hanya Dzat yang bernama Allah adalah Tuhan. Namun masih lagi mengatakan bahawa yang disembah oleh orang kafir tu Tuhan mereka. Soalnya kenapa perlu kita mengatakan itu Tuhan mereka sedangkan ianya adalah patung yang dibuat dari batu?.

Kalau patung katakan sahaja patung, tak perlu kita mengatakan itu Tuhan mereka. Bila kita katakan begitu seolah-olah kita mengatakan ada 2 Tuhan. 1 Tuhan kita dan 1 lagi Tuhan mereka. Secara tak langsung juga dah terjejas akidah kita dengan perkataan.

Seperkara lagi analogi yang kamu buat tak bertepatan sebabnya rujukan kamu kepada manusia yang banyak mempunyai nama yang sama. Allah dengan makhluk tidak sama.(maha suci Allah itu dari sebarang ibarat) Hanya Dia sahaja yang dinamakan dengan Allah. Walau dalam kitab kristian sekalipun.

Dalil yang jelas ada dalam Al -Qur'an:-

a025-8a9b63f4fc6a311221e3bcc78eee7086.png

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik). (Luqman 31:25)

Masih ramai umat Islam kita yang tak memahami ayat highlight merah tu

a038-05e019a0ebc6556812244d1c4f862166.png

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri". (Az-Zumar 39:38)


Salahnya trinity sebab mengatakan Allah beranak dan beristeri. (syirik)

Father = Allah
Son = Jesus
Mother = Mary

Ini bertentangan dengan apa yang terkandung dalam surah Al - Ikhlas.

a003-ebc3d6e163410d0bd24df4281a1a6fe4.png

"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
(Al-Ikhlaas 112:3)

Wallahu'alam.

Sambungan analogi - Ko ckp kat Kristian tu mungkin hanya sama nama,sebagaimana yg di bold merah tu.Kristian pun

tunjukla gambar si Yam yg dituduh berzina dan ada anak luar nikah.Dan conform mmg gambar isteri ko,Yam.

Dan kau menidakkan bahawa Yam berzina dan ada anak luar nikah.Persoalannya,jatuhkah talak kau kpd Yam

disebabkan kau menafikan bahawa yg dituduh berzina dan melahirkan anak luar nikah adalah isteri kau.

Sila jwb yer.Soalan basic munakahat je ni. :)
 
Sebenarnya perkara ini mudah difahami jika dibicarakan oleh org bijak pandai agama. Tapi menjadi keliru dan susah apabila yg membicarakannya ialah ahli politik...
 
ala..benda nih sekadar isu politik jer..pertama..kita tengok siapa yang mulakan isu nih..:))..tujuan nak divert undi penduduk sabah sarawak daripada BN jer..selama nih BN selamat sebab undi Borneo..dan BN dikuasai oleh melayu UMNO..bila isu nih dinaikkan..umno pasti balas..:))..siapa yang mulakan isu kalimah Allah nih..macai politik..sila jawab..:))
 
bg sy..penggunaan Allah ni hnyalah utk agama Islam bersesuaian dgn perkataan arab sebagai perkataan dlm AlQuran. timbulnya isu penggunaan dlm agama laen menyebabkan org keliru dan memandang remeh terhadap perkataan "Allah".
 
Sambungan analogi - Ko ckp kat Kristian tu mungkin hanya sama nama,sebagaimana yg di bold merah tu.Kristian pun

tunjukla gambar si Yam yg dituduh berzina dan ada anak luar nikah.Dan conform mmg gambar isteri ko,Yam.

Dan kau menidakkan bahawa Yam berzina dan ada anak luar nikah.Persoalannya,jatuhkah talak kau kpd Yam

disebabkan kau menafikan bahawa yg dituduh berzina dan melahirkan anak luar nikah adalah isteri kau.

Sila jwb yer.Soalan basic munakahat je ni. :)

Ini persoalan tauhid. Bukan munakahat. Jangan ubah topik ye. Analogi kau tu tak ada kaitan dengan masalah tauhid.
 
Last edited:
Ini persoalan tauhid. Bukan munakahat. Jangan ubah topik ye. Analogi kau tu tak ada kaitan dengan masalah tauhid.

Soalan basic munakahat pun tak boleh jawab.Sedihnya... :(
 
Soalan basic munakahat pun tak boleh jawab.Sedihnya... :(

Bukan tak boleh jawab. Tak ada kaitan. Soalan kau ni akan mengelirukan pembaca yang tidak faham. Secara dasarnya aku faham apa kau maksudkan cuma aku khuatir ianya akan dikaitkan dengan masalah tauhid. Kau tahu apa makna Lafaz kan?
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register