BTC USD 84,703.7 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Allah Di Mana ?

Setahunye, masa bukan jirim, xde zarah pun, masa bukan ruang jugak. Tetapi masa adalah relatif memang betol. Albert Einstein pun kata. Masa boleh jadi pendek dan panjang. Tak tercapai akal nak memikirkannya qba437, lu pk lar sendiri..hahah...ke sini pulak perbincangan kiter yer...hihi

teori terbaru mencadangkan sesetengah jirim tidak terdiri daripada zarah..yang dipanggil jirim gelap..
 
:-?:-?..kamu nak kata masa itu jisim atau jirim?

jisim itu ialah jirim yang memenuhi ruang. Oleh itu setiap sesuatu yang memenuhi ruang adalah jisim sebagaimana masa juga memenuhi ruang.
 
jisim itu ialah jirim yang memenuhi ruang. Oleh itu setiap sesuatu yang memenuhi ruang adalah jisim sebagaimana masa juga memenuhi ruang.

konsep asas fizik...jirim (matter) ialah apa2 jasad yang mempunyai JISIM dan MEMENUHI RUANG..seperti yang adib sendiri katakan..

jika jisim ialah jirim..:-?..maka tak perlu lagi ada thread nih..:))..

rasanya apa yang dimaksudkan dengan perkataan BERJISIM adalah boleh ditafsirkan sebagai keberadaannya yang boleh disentuh..lihat..sebelum terlupa..berada di mana-mana saja (iaitu BERJIRIM) :)
 
Last edited:
walau pun konsep asas fizik...jirim (matter) ialah apa2 jasad yang mempunyai JISIM dan MEMENUHI RUANG..harus diingat juga plasma (laser dan yang sekutu dengannya)..juga memenuhi ruang..tapi tidak berjisim..
 
Jika jirim itu bersamaan dengan atom, maka jirim yang bercantum membentuk malaikat tentulah tidak sama dengan jirim yang bercantuk membentuk manusia. Betul? Kerana jirim yang membentuk manusia boleh dilihat dengan mata kasar dan memepunyai bentuk yang tetap. Sedangkan jirim yang membentuk malaikat tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan tidak mempunyai bentuk yang tetap.

Sesungguhnya, sains hanya menerangkan penciptaan yang zahir sahaja. Sains tidak akan sekali-kali boleh menerangkan penciptaan yang ghaib.

manusia dicipta dari tanah... unsur2 yg terdapat dibumi utk menyebatikan manusia hidup dibumi. manusia mendapat makanan dari bumi. semua unsur yg diperlukan oleh jasad bersifat jirim.

malaikat dicipta daripada cahaya. manakala cahaya itu merupakan tenaga dalam bentuk gelombang. cahaya bergerak lebih cepat. manusia tidak mampu melihat makhluk di alam ghaib disebabkan perbezaan frekuensi gerakan jirim yg membina struktur tubuh manusia. secara teorinya jika manusia dapat mengjadikan struktur yg membina jasadnya bergerak dalam kelajuan cahaya sehingga menyamai frekuensi malaikat.... manusia akan dapat melihat malaikat... atau makhluk alam ghaib
 
:-?..ilmu sains sebenarnya masih baru hendak berkembang..jika manusia memiliki ilmu sains mutlak..bukan sahaja boleh menerangkan penciptaan yang ghaib..malam perkara ghaib itu sendiri manusi boleh ciptakan
 
rasanya pencapaian manusia akan terbatas dalam dua perkara... Allah hanya menganugerahkan manusia dengan ilmu fizik... dan dengan ilmu ini macam2 teknologi telah terhasil.

tetapi ilmu yg berkaitan roh, atau metafizik... tidak diberikan kepada manusia melainkan sedikit sahaja.

manusia mampu hasilkan robot dan artificial inteligent... tapi batasan manusia adalah tak mampu bagi rekaan tersebut 'perasaan'.

batasan halangan yg kedua ialah pintu langit... iaitu manusia tidak sekali2 akan dapat menembusi pintu langit.
 
Kalau kamu berpendapat begitu maka malaikat juga tidak berjisim kerana takde zarah dan tidak dapat dilihat walaupun kamu guna mikroskop. Sedangkan di dalam Al-Quran telah diceritakan tentang sifat malaikat iaitu mereka mempunyai sayap dan boleh berubah bentuk kepada bentuk manusia. Bagaimana kamu nak terangkan jisim malaikat melalui sains?

Ni yang saya kata bahaya nie, Malaikat adalah termasuk dalam perkara ghaib, jgn di bincangkan kecuali telah dibincangkan di dalam Alquran dan Hadis.

Malaikat dijadikan daripada An-nur,sifat malaikat iaitu mereka mempunyai sayap dan boleh berubah bentuk kepada bentuk manusia.
Beriman sahaja lah, jangan di tokok tambah, jangan di nafikan. Jangan diganti dengan perkataan lain
 
manusia dicipta dari tanah... unsur2 yg terdapat dibumi utk menyebatikan manusia hidup dibumi. manusia mendapat makanan dari bumi. semua unsur yg diperlukan oleh jasad bersifat jirim.

malaikat dicipta daripada cahaya. manakala cahaya itu merupakan tenaga dalam bentuk gelombang. cahaya bergerak lebih cepat. manusia tidak mampu melihat makhluk di alam ghaib disebabkan perbezaan frekuensi gerakan jirim yg membina struktur tubuh manusia. secara teorinya jika manusia dapat mengjadikan struktur yg membina jasadnya bergerak dalam kelajuan cahaya sehingga menyamai frekuensi malaikat.... manusia akan dapat melihat malaikat... atau makhluk alam ghaib

Reasoning nie nampak macam boleh diterima akal. Thanks Blue Dream
 
Reasoning nie nampak macam boleh diterima akal. Thanks Blue Dream

mungkin perbezaannya cuma istilah sahaja.

yg penting seseorang tu faham dengan erti kata yg sebenar tanpa mengira apa istilah dan seseorang tu dapat pula menjadikan orang faham perkataan yg diucapkannya itupun sudah cukup.

sebab bahasa itu sebenarnya 'arbitrary'. yang penting umum faham. :">
 
Back
Top
Log in Register