BTC USD 83,089.9 Gold USD 4,164.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Allah Di Mana ?

Terima Kasih Firdaus83 atas hujah Kitab Al-Farqu Bainal Firaq. Hujah dari kitab ini disepakati ulama dan inilah Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Memang bertepatan perbincangannya.

Cumanya, perbincangan thread ini dari TT asal kita bawa hujah dari ustaz rasul dahri Allah wujud dan di langit adalah statement dari ayat Al-quran. Ayat yang benar dan jangan di nafi ayat Alquran itu. Perbicangan ustaz rasul dahri bukan mengatakan langit itu tempat tinggal Allah dan bukan tempat Allah berlindung sebagaimana manusia berlindung dan duduk di rumah. Lebih kurang sama maksud dengan kata-kata Amirul Mukminin ^Ali Radiallahuanhu dari kitab tersebut. Ustaz Rasul dahri mengajak kita beriman sahaja dengan ayat Allah bersemayam di atas arays, bukannya Allah memerlukan arasy untuk berlindung. Bahkan saya melihat hujah saudara dengan hujah TT adalah sama , saling melengkapi antara satu sama lain. Itu yang saya nampak. Wallahu'alam
 
hujah firdaus83 dgn TT same? ishk.. x ah adib.. lain.. kawan dh bace dr awal2.. sgt lain..

TT bagi tau RD ckp Allah SWT duduk diatas arasy.. duduk tu duduk x leh takwil ayat quran.. x leh tanyer lebih2.. cukup sekadar taklid jer.. ape RD ckp tu x leh tanyer2.. telan bulat2 aper yg di ckp.. kl byk tanyer nanti di cop yahudi.. so ayat duduk(istiwa) tu mati sekadar di situ.. tergantung.. x der penghujung.. sebab x leh soal sampai paham.. nanti jadik yahudi.. huhuhu

tp yg firdaus83 punyer penerangan jelas.. sampai akal kite x leh nk sangkal lg.. Allah SWT tidak berjisim.. tidak berjuzuk. x bersandar kn pd mahluk yg diciptakan.. nah.. sgt jelas dan tidak terselindung lg.. dh x de ruang lg org nk pertikai kn keberadaan Allah swt..

bermakna jgn berpegang ayat al-quran secara zahir.. rujuk pd ahli nya..
imam sanusi kata berpegang pd zahir ayat al-quran jatuh kafir.. nauzubillah..
 
Boleh tak siapa-siapa forumer kat CG mendatangkan dalil bahawa "berpegang ayat al-quran secara zahir" adalah kafir atau tak kafir pun "dilarang" pun ok juga. Saya sangat-sangat berharap untuk menyelesaikan masalah ini.
 
Surah al-Hadiid [Ayat : 4]
Dialah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.


[Ayat : 4]
4. He created the heavens and the earth in six periods(1722-B) and then is firmly established on the Throne(1723) of His Almightiness(1723-A). He knows all that goes into the earth and all that emerges from it, all that comes down from heaven and all that ascends to it. And He is with you wherever you are(1724). And Allah sees well all that you do.

Inilah pengetahuan Tauhid yang kita bincangkan. Ruj: http://www.islam.gov.my/dircportal/quranview.htm
 
Dalam menangani masalah persoalan sifat-sifat Allah dan perkara ghaib, saya melihat pendekatan yang dibawa oleh puak wahabi cukup mudah difahami dan tidak pening kepala untuk orang awam.

Sifat-sifat Allah dan perkara ghaib memang kita tidak boleh bincangkan sebab kita pun tidak nampak kecuali perkara itu dibincangkan di dalam Al-quran dan Hadis. Dan itu wajib di imani.

Mengenai persoalan di mana Allah? kita memang tak boleh jawab sebab nya kita pun tidak nampak di mana Allah. Macam mana kita nak bincang. Petunjuk-petunjuk di dalam Alquran pun ada sedikit Allah beritahu Allah bersemayam di atas arasy. Jadi, itu jer lah yang mampu kita jawab. Berfikir lebih dari itu tidak digalakkan, sebab ini perkara ghaib. Apa yang disebut dalam Alquran dan Assunnah, itu jer lah yang wajib di imani.
Berfikir perkara ghaib tanpa panduan Alquran dan Assunnah boleh jadi giler.

Untuk Saudara firdaus83, yang menyatakan Allah itu wujud tanpa bertempat, saudara mengambil hujah dari kitab2 lama/kuning. Sekiranya memang ada dalil naqli dan aqli Allah wujud dan tidak bertempat. Sekiranya hujah ini betul, maka betullah juga. Dalil Aqli dari saya Allah berhak berada dimana-mana sesuai dengan keagungannya dan kehendaknya, dan dia berhak memberitahu mahkluknya di mana dia berada melalui Alquran dan Hadis. Kalau salah, betulkan saya...hehe

Jadi kesimpulannya, persoalan di mana Allah, Allah bersemayam di atas arasy, beriman sahaja lah, jangan di nafikan. Dan sekiranya hujah Allah ada tanpa bertempat hujah yang kuat disepakati ulamak untuk menjaga keagungan Allah beriman lah juga, jangan di nafikan kerana secara dalil akalnya Allah terpulang kepada kehendakNya untuk memberitahu di mana dia berada dan Dia berhak berada di mana-mana sesuai dengan Keagungannya. Tersilap bagitau. haha...nie dalil akal yang mungkin.Apa pun kena ada dalil dari Alquran, hadis, dan ulamak terdahulu.

Beriman ni maksudnya kita percaya dan yakin akan perkara-perkara ghaib yang tidak terjangkau oleh pancaindera kita sama ada penglihatan, pendengaran, sentuhan, pemikiran, perasaan ataupun dihidu. Sebab itu beriman bahawa Allah SWT itu wujud tidak bertempat kerana Dia tidak menyerupai makhluk adalah sesuatu yang bukannya untuk difahami berdasarkan logik akal. Dan lagi dalam membincangkan tentang zat, sifat dan perbuatan Allah kita wajib mensucikanNya daripada penyerupaan dengan makhluk kerana Allah sendiri mengatakan Dia tidak menyerupai sesuatu apa pun.
"Dia (Allah) tidak menyerupai sesuatupun dari makhluk-Nya (baik dari satu segi maupun semua segi), dan tidak ada sesuatupun yang menyerupai-Nya." (As-Syura ayat 11)

Imam Bukhari telah meriwayat suatu hadith yang mana Rasulullah SAW bersabda;
"Allah telah sedia wujud (azali) dan selain Allah tiada sesuatupun yang sedia wujud (azali)". (HR Imam Bukhari)

Hadith ini menerangkan bahawa sebelum wujudnya arasy dan lain-lain tempat, Allah SWT sudah pun wujud. Kalau ditanya ketika itu di mana Allah bolehkah kita merujuk kepada mana-mana tempat? Sudah tentu tidak boleh. Dan keadaan Allah itu tidak bertempat secara azali seperti mana sekarang juga Dia wujud secara azali tidak bertempat dan itulah sifat wajib bagiNya iaitu Qidam (sedia ada). Sebagaimana yang diterangkan oleh Saidina Ali r.a yang diriwayatkan oleh Imam Abu Mansur Al-Baghdady dalam kitab Al-Farqu Bainal Firaq.
"Allah telah sedia ada tidak bertempat dan Allah sekarang juga atas sediakalaNya tanpa bertempat."

Memang benar Allah SWT menyatakan Dia istiwa' di atas arasy. Tetapi ia tidak boleh disamakan seperti mana makhluk istiwa'. Jika makhluk beristiwa' bermakna dia berada ditempat itu kerana makhluk itu berjisim dan memerlukan arah untuk bertempat. Sebaliknya, ia tidak bagi Allah SWT kerana Dia bukanlah jisim yang memerlukan tempat. Kita wajib mengimani bahawa Allah SWT istiwa' di atas arasy tetapi kita tidak boleh mengatakan Dia berada di arasy kerana Dia bukannya jisim. Dan lagi Allah SWT itu bersifat berdiri dengan sendiri dan jika Dia berada di arasy bermaksud dia memerlukan tempat untuk menzahirkan kewujudanNya. Ini adalah sifat yang mustahil bagi Allah SWT.
 
Boleh tak siapa-siapa forumer kat CG mendatangkan dalil bahawa "berpegang ayat al-quran secara zahir" adalah kafir atau tak kafir pun "dilarang" pun ok juga. Saya sangat-sangat berharap untuk menyelesaikan masalah ini.

"Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran." [Ali-'Imraan ayat 7]

Itulah dalil bahawa sesiapa yang berpegang kepada makna zahir ayat-ayat Mutasyabihaat adalah sesat.
 
Minta maaflah aku da xlarat nk ikut Thread nih....
so aku cuma nk ckp ckit yg....
ALLAH tu maha suci dri menyerupai Makhluk...
Makhluk itu adlh apa2yg diciptakanya..
cth:langit,bumi,masa,kalam,waktu,tmpt,alasan,emosi,idea,jarak,ada,tiada,penuh,kosong,sebab,cahaya,nur dll...

Jd ALLAH maha suci dri btempat jg maha suci dri tidak btempat....
ALLAH jauhnya dri kita xberantara dkt pula tidak btemu....
Jika ALLAH bsemayam di ats Arsyi maka bbsemayamnya ALLAH bkn bmakna duduk atau berada disitu spti manusia bsemayam di takhta,jg bkn bmakna ALLAH ada atau tiada disitu....
senang crita apa2 sj yg tlintas difikiran kt sme ada rupa,tmpt,wajah,bentuk bg ALLAH...maka pcyalah yg tangapan kamu tu sratus peratus silap....:):):)
 
Minta maaflah aku da xlarat nk ikut Thread nih....
so aku cuma nk ckp ckit yg....
ALLAH tu maha suci dri menyerupai Makhluk...
Makhluk itu adlh apa2yg diciptakanya..
cth:langit,bumi,masa,kalam,waktu,tmpt,alasan,emosi,idea,jarak,ada,tiada,penuh,kosong,sebab,cahaya,nur dll...

Jd ALLAH maha suci dri btempat jg maha suci dri tidak btempat....
ALLAH jauhnya dri kita xberantara dkt pula tidak btemu....
Jika ALLAH bsemayam di ats Arsyi maka bbsemayamnya ALLAH bkn bmakna duduk atau berada disitu spti manusia bsemayam di takhta,jg bkn bmakna ALLAH ada atau tiada disitu....
senang crita apa2 sj yg tlintas difikiran kt sme ada rupa,tmpt,wajah,bentuk bg ALLAH...maka pcyalah yg tangapan kamu tu sratus peratus silap....:):):)

Pemahaman ini lagi bahaya. Main pukul rata je semua sekali. Nak kata iktikad Ahlus Sunnah bukan nak kata Wahabi/Mujassimah pun bukan. Iktikad mana yang kamu ikut ni?
 
Berkait dengan persoalan ini....

1. Dalam Alquran, Allah menyatakan salah satu sifat Allah adalah mendengar. Mendegar adalah sifat manusia juga. Sudah tentu mendengar ini sifat manusia yang lemah, kenapa sahaja tidak dikatakan Allah tidak mendengar? kenapa tidak menafikan terus Allah bersifat pendengar kerana mendengar memerlukan telinga dan berjisim. Sudah tentu ini jawapan yang salah. Apa yang benar adalah manusia mendengar dan faham ape erti mendengar. Allah juga mendengar tetapi sudah tentu pendengaran Allah tidak sama dengan manusia,tidak menyerupai sesuatu pun. Bahkan pasti sempurna.Kita mengimani Allah Maha mendengar.

2. Begitu juga di dalam Alquran, Allah memberitahu salah satu sifatnya, Allah melihat. Melihat adalah sifat manusia juga. Sudah tentu melihat ini sifat manusia yang lemah, kenapa sahaja tidak dikatakan Allah tidak melihat, kenapa tidak menafikan terus Allah tidak bersifat melihat kerana melihat memerlukan mata dan berjisim. Sudah tentu ini jawapan yang salah. Apa yang benar adalah manusia melihat dan faham ape erti melihat. Allah juga melihat tetapi sudah tentu penglihatan Allah tidak sama dengan manusia,tidak menyerupai sesuatu pun. Bahkan pasti sempurna. Kita mengimani Allah Maha melihat.

3. Begitu juga bila Allah berfirman memberitahu salah satu sifatnya istiwa ( bahasa mudah difahami dalam bahasa arab bersemayam atau manusia biasa duduk, raja bersemayam ). Bersemayam adalah sifat manusia juga. Sudah tentu bersemayam ini sifat manusia yang lemah. Bermakna kita perlukan sesuatu untuk menyokong kita. Seperti kes di atas, kenapa kita tidak katakan manusia bersemayam dan faham ape erti bersemayam. Allah juga bersemayam tetapi sudah tentu bersemayamnya Allah tidak sama dengan manusia, tidak mennyerupai sesuatu pun. Bahkan pasti sempurna. Kenapa perlu kita menafikan sifat Allah bersemayam di atas arash? ada sesiapa yang boleh rungkai?

"Kita wajib mengimani bahawa Allah SWT istiwa' di atas arasy tetapi kita tidak boleh mengatakan Dia berada di arasy kerana Dia bukannya jisim" -- dari orraaiit --- beliau tidak setuju istiwa adalah bersemayam, kalau begitu sama' tidak boleh juga dieertikan mendengar, basar tidak boleh juga diertikan melihat. Sedangkan dalam bahasa arab, makna mudah samak mendengar, basar melihat, istiwa bersemayam. Salah, tolong betulkan.
 
Last edited:
Untuk orraaiitt fikirkan juga- saya requote balik kata2 anda.

Memang benar Allah SWT menyatakan Dia istiwa' di atas arasy. - ada dlm Quran

Tetapi ia tidak boleh disamakan seperti mana makhluk istiwa' - ada dlm Quran

Jika makhluk beristiwa' bermakna dia berada ditempat itu kerana makhluk itu berjisim dan memerlukan arah untuk bertempat - Logik Akal betul.

Sebaliknya, ia tidak bagi Allah SWT kerana Dia bukanlah jisim yang memerlukan tempat. -- Allah berjisim atau tidak, ada ke dinyatakan dalam Alquran. Allah tidak bergantung pada sesuatu ada dalam Alquran.


Kita wajib mengimani bahawa Allah SWT istiwa' di atas arasy tetapi kita tidak boleh mengatakan Dia berada di arasy kerana Dia bukannya jisim - Persoalan Allah berjisim atau tidak, adakah dinyatakan dalam Alquran??...maksud jisim adalah jirim yang memenuhi ruang, manusia berjisim, masa tidak berjisim. Sedangkan masa dan manusia adalah makhluk allah, yang aku tau Allah tidak menyerupai sesuatu ada dalam alquran. masa dan ruang kang masuk teori enstein pulak....lagi pening



Dan lagi Allah SWT itu bersifat berdiri dengan sendiri dan jika Dia berada di arasy bermaksud dia memerlukan tempat untuk menzahirkan kewujudanNya. Ini adalah sifat yang mustahil bagi Allah SWT. --- Berada di arasy tak bermaksud dia perlukan tempat. Seperti mana dia menyuruh malaikat raqib dan atid memerhati dan mencatat amalan manusia, tidak bermakna Allah tidak mengetahui, dan tidak bermakna malaikat perlu melapor pada Allah pulak. Begitu andaiannya.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register